BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malang ayah bertimpa-timpa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.kx_jbvlyRJ.webp

SHAH dan dua anaknya ketika menumpang berteduh di Surau Al-Amin, Setapak.


Kuala Lumpur: Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak empat bulan lalu apabila dua anaknya berusia 10 dan lapan tahun hilang secara tiba-tiba.

Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa lalu.
Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya.

Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Malangayahbertimpa-timpa/MA/Article
 
kesian ... semoga mendapat pertolongan sewajarnya
 
adus, xpaham la berita ni.sape yg dah baca cerita penuh please explain sikit
 
Semoga Allah mudahkan urusan hambanya....ada ganjaran besar bg hambanya yg sabar
 
mcmna la wartawan ni blh jadi wartawan....

ayat bersepah2!!
 
entahlah..pening baca...takde ic..tapi camner leh kawin...
 
Back
Top
Log in Register