BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makmum tidak membaca Sami’allaahu liman hamidah

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Situasi: Semasa berdiri iktidal dalam shalat berjamaah:

Hadis 1:

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Imam itu dijadikan hanya untuk diikuti. Apabila ia rukuk, maka rukuklah. Apabila ia mengangkat kepala, maka angkatlah kepala kalian. Apabila ia mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah’, maka ucapkanlah : ‘rabbanaa walakal-hamdu’.....”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 689].

Hadis 2:

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Rasulullah saw bersabda: "Jika seorang imam membaca "Samiallahu liman hamidah", maka ucapkanlah: "Rabbanaa walakal hamdu". Sesungguhnya jika ucapan seorang bersamaan dengan yang diucapkan oleh para malaikat, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari no. 796 dan At-Tirmidzi no. 267 dan Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 1037.].

At-Tirmidzi rahimahullah menjelaskan lagi perkara ini:

“Hadits ini diamalkan oleh sebagian ulama dari kalangan sahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orang setelah mereka, iaitu ketika imam mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah rabbanaa wa lakal-hamdu’; maka makmum yang berada di belakangnya mengucapkan : ‘rabbanaa wa lakal-hamdu’. Inilah pendapat yang dipegang Ahmad.

Ibnu Siiriin dan yang lainnya berkata : Makmum yang berada di belakang imam mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah, rabbanaa wa lakal-hamdu’ – seperti yang diucapkan imam. Pendapat inilah yang dipegang Asy-Syaafi’i dan Ishaaq” [Jaami’ At-Tirmidziy, 1/306].

Hadis 3:

Dari Rifaa’ah bin Raafi’ Az-Zuraqiy, ia berkata: “Pada suatu hari kami pernah shalat di belakang Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Ketika beliau mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah’, maka seorang laki-laki di belakang beliau mengucapkan : ‘rabbanaa wa lakal-hamdu hamdan katsiiran thayyiban mubaarakan fiih (Rabb kami, milik-Mu lah segala pujian yang banyak, baik dan diberkahi)’. Ketika selesai shalat, beliau bersabda : “Siapakah yang mengucapkan ucapan tadi ?”. Lelaki itu menjawab : “Saya”. Beliau bersabda : “Aku melihat lebih dari 30 malaikat berlumba siapakah yang menulisnya pertama kali”.
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 799 dan Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 1036.].

Dari Naafi’: Bahawasannya Ibnu ‘Umar pernah berkata : “Apabila menjadi makmum, lalu ketika itu imam mengucapkan ‘sami’allaahu li-man hamidah’, Ibnu ‘Umar berkata : ‘(Makmum mengucapkan) ‘allaahumma rabbanaa lakal-hamdu”.
[Diriwayatkan oleh Ibnul-Mundzir dalam Al-Ausath 3/162 no. 1420; shahih]

Kesimpulan : Makmum tidak membaca sami’allaahu liman hamidah, namun terus membaca ‘rabbanaa wa lakal-hamdu’.

Wallaahu a’lam.
 
‘rabbanaa wa lakal-hamdu.... hamdan katsiiran thayyiban mubaarakan fiih ....sekarang ust Shamsuri cadang amalkan yang ini
 
mekasih tt... satu ilmu yang baru bagi ambe yang jahil. Kalo baca jugak, apa hukumnya ye.
 
mekasih tt... satu ilmu yang baru bagi ambe yang jahil. Kalo baca jugak, apa hukumnya ye.

Ibnu Siiriin dan yang lainnya berkata : Makmum yang berada di belakang imam mengucapkan : ‘sami’allaahu li-man hamidah, rabbanaa wa lakal-hamdu’ – seperti yang diucapkan imam. Pendapat inilah yang dipegang Asy-Syaafi’i dan Ishaaq” [Jaami’ At-Tirmidziy, 1/306].
 
‘rabbanaa wa lakal-hamdu.... hamdan katsiiran thayyiban mubaarakan fiih ....sekarang ust Shamsuri cadang amalkan yang ini

sebaik2 bacaan

mekasih tt... satu ilmu yang baru bagi ambe yang jahil. Kalo baca jugak, apa hukumnya ye.

boleh aje. semasa dlm solat, tuan sebagai imam atau makmum atau bersendirian, adalah sunat menyebut kedua2 ucapan tersebut. ini adalah pendapat mazhab kita, imam syafie ra. ada dalil hadis mengenainya :)

3 imam ASWJ yg lain berbeza pendapat dgn imam syafie radhiallahu 'anhu iaitu makmum terus baca 'rabbana wa lakal hamd' selepas tok imam sebut 'sami’allaahu li-man hamidah'. kalu solat sorang2 semua imam sependapat imam syafie ra. wallahualam :)
 
‘sami’allahu liman hamidah
ertinya: Allah mendengar pujian dari orang yang memuji-Nya

‘robbana wa lakal hamdu
ertinya: Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji-pujian
 
Berikutnya, bangkit dari ruku’ dengan mengucapkan: Sami’allaahu liman hamidah (Allah mengabulkan orang yang memujiNya) dengan mengangkat tangan sejajar bahu hingga berdiri sempurna (I’tidal). Ucapan Sami’allahu liman hamidah hanya diwajibkan untuk imam dan orang yang sholat sendirian.

Pada saat berdiri sempurna, ucapkan: Robbanaa wa lakal hamdu. Boleh juga ditambah dengan ucapan:

حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
(Hamdan katsiron tayyiban mubarokan fiih)
Dengan pujian yang banyak, baik, lagi diberkahi padanya (H.R alBukhari no 757 dari Rifa’ah bin Rofi’ az-Zuroqiy)

Nabi pernah mendengar Sahabat yang mengucapkan hal itu dalam sholatnya. Kemudian beliau menyatakan: Aku melihat 30 Malaikat berebut mencatat ucapan itu, siapa di antara mereka yang pertama mencatatnya
(H.R al-Bukhari no 757)
 
tgah praktis nak baca 1 ja tp dah terlalu biasa baca dua2,jadi tiap kali iktidal asyik dok baca dua2...nak amalkan yang nie pulak ‘rabbanaa wa lakal-hamdu.... hamdan katsiiran thayyiban mubaarakan fiih"... ilmu baru sampai, tq tt
 
tgah praktis nak baca 1 ja tp dah terlalu biasa baca dua2,jadi tiap kali iktidal asyik dok baca dua2...nak amalkan yang nie pulak ‘rabbanaa wa lakal-hamdu.... hamdan katsiiran thayyiban mubaarakan fiih"... ilmu baru sampai, tq tt

semoga di permudahkan oleh Allah..sy pun baca dua2 TT
 
Back
Top
Log in Register