BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Makmal USM di Gantung~

kozu

Legendary Member
gem
Messages
11,067
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,067
Reaction score
248
Points
133
Sumber

MALAYSIA kehilangan statusnya sebagai antara makmal rasmi antidoping antarabangsa apabila Agensi AntiDoping Dunia (Wada) menggantung akreditasi makmal Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, berkuat kuasa Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Wada menggantung makmal USM daripada menjalankan analisis antidoping kerana gagal mematuhi Standard Antarabangsa untuk Makmal (ISL) serta isu berkaitan Dokumen Teknikal.
Keputusan itu memberi kesan negatif kepada urusan pemeriksaan antidoping negara menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, 10 Jun depan, kerana perlu mencari makmal baru - sama di Bangkok atau Beijing - untuk melakukan saringan antidoping terhadap atlit yang mengambil bahagian.
“Mengikut aturan ISL, Wada bertanggungjawab bagi akreditasi dan akreditasi semula makmal antidoping, bagi memastikan ia kekal pada standard kualiti tertinggi,” kata kenyataan Wada.

“Pemantauan dilakukan sempena dengan penilaian ISO oleh badan bebas akreditasi antarabangsa iaitu anggota penuh Kerjasama Akreditasi Makmal Antarabangsa (ILAC). Apabila sesebuah makmal tidak memenuhi tuntutan ISL, Wada mungkin menggantung akreditasi makmal terbabit.”

Begitupun, makmal antidoping USM boleh merayu keputusan Wada itu kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) dalam tempoh 21 hari.

“Saya berpendapat sukar bagi makmal USM untuk mendapatkan semula akreditasinya dalam tempoh terdekat,” kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, semalam.
“Apabila Wada membuat keputusan, mereka tidak akan menariknya semula, malah mengemukakan rayuan kepada CAS juga kurang praktikal kerana kos tinggi dan keputusan mungkin tidak memihak kepada makmal USM” katanya sambil menambah MOM sudah dimaklumkan Wada mengenai tindakannya itu, semalam.
 
ini mesti kes lalai dan x ikut prosedur.
ha itulah akibatnya. lain kali berwaspada! :(
 
ekeke..kene gantung lesen kot..mcm kedai ke tutup sbb tk bersih..
 
adelah yng tidak betul tu utk kasi "tipu"....
 
uiks.....ini kan satu2 nya makmal antidoping kat negara ni?

tp, mmg lawak gak la tgk makmal antidoping tu, sbb cam cikai jer.....tp rupanya satu2 nya dia malaysia.....

makmal ni utk drug test dlm urine atlit biasanya.....kiranya kalau lps ujian kat sini, selamat la atlit tu.....tak kisah la apa level sukan pun....
 
bnde tak ikut piawaian die,mmg gitu...ni msti tak prepare btul2 time orng nak dtg check...
 
kalau "kampung" check..mmg lah pass compliance test..ini international datang....mana nak elak...mana nak "minum kopi"...begitulah "kita" pada hakikat nya....
 
la dh tau org nk check...prepare lar betul2....mengong
 
huhuhu.. kena dah... dulu dah bagitau, amalkan standard yg betul atau tambah kualiti perkhidmatan... mementang dia jer pegang lesen beso utk antidop nie kat mesia .. buat sambil lewa jer... kan dah kena... pasnie forensik spital lak kena chek dia pun standard... apa laaa diaorg nak jawap erkk
 
Back
Top
Log in Register