BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makkah terkawal

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MAKKAH: Sesuai dengan peningkatan kedatangan jemaah umrah dan pelawat ke Masjidil Haram sempena Ramadan, Pertahanan Awam Makkah menggerakkan semua sumbernya bagi menangani sebarang keadaan tidak diingini jika berlaku.
Dilengkapi dengan kemudahan peralatan canggih, Pertahanan Awam memantau secara dekat segala perkembangan jemaah terbabit selepas semua langkah berjaga-jaga dilaksanakan.


Tumpuan diberikan di tengah bandar raya Makkah dan kawasan sekitarnya.


Pengarah Operasi Pertahanan Awam Makkah, Waleed Abu Shanab, berkata, pada 10 pertama Ramadan ini, pihaknya menerima 21,500 panggilan daripada orang awam.


“Kami memasang 1,700 kamera di pintu masuk dan keluar bandar raya suci dan kawasan tengah tanah haram bagi memudahkan kami memantau keadaan.


“Segala tindakan pantas diambil berdasarkan kepada perkembangan semasa yang dipaparkan kamera berkenaan,” katanya.


Turut digunakan, katanya, tiga rangkaian wayarles khas untuk semua unit dan pasukan berhubung.


“Pasukan peronda pula dilengkapi alat komunikasi berteknologi tinggi,” katanya. - Agensi
 
Back
Top
Log in Register