BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makkah diperindah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JEDDAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal menekankan kepentingan untuk menggariskan rancangan pembangunan secara komprehensif bagi menjadikan Makkah antara bandar raya terindah di dunia.
“Kita punya tanggungjawab kepada Tuhan dan generasi akan datang untuk menjadikan Makkah bandar raya terindah dan moden di dunia,” kata Putera Khaled dalam sesi mesyuarat bersama pegawai tertinggi, semalam. Menurutnya, Arab Saudi mempunyai potensi untuk mencapai matlamat ini.


“Kita mempunyai kepemimpinan yang mantap untuk menjayakan racangan ini. Kita juga ada dana mencukupi dan tenaga kerja mahir bagi merealisasikan objektif berkenaan,” kata Putera Khaled lagi.


Putera Khaled berkata, sistem pengangkutan baru di Makkah perlu berjalan seiring dengan pembangunan bandar raya itu bagi memastikan kelancaran jemaah dan pengunjung ke Makkah. - Agensi
 
kn sentiasa pegi utk tgk perubahan laa jawabnya.....
 
Makin indah makin jem le jalan kat mekah & masjidil haram tu jawabnya.
 
indah saja buat ape kalau penghayatan tak ada :D
 
Allah itu cantik/indah dan suka pada kecantikan/keindahan
 
Yg banyak akan naik pun hotel2 5 star negara barat di sekeliling MAsjidil Haram. Hotel2 budget terletak jauh kebelakang. Sure kos haji/umrah akan meningkat naik.
 
Back
Top
Log in Register