BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Makcik cuma harap dia sembuh'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Zaharah tidak dapat menahan sedih ketika menceritakan keperitan yang dihadapi Seri Bahdi.​

GUAL SITOK - "Makcik tak pernah minta apa-apa hadiah sempena Hari Ibu, cuma harap kesihatan tubuh anak makcik yang sakit saraf sejak kecil ini sembuh," kata ibu tunggal, Zaharah Husin, 74.

Menurutnya, dia tidak pernah lupa untuk berdoa selepas solat agar anaknya, Seri Bahdi Muhammad, 52, mampu berdiri dan sihat daripada penyakit saraf dihidapinya.

Zaharah berkata, Seri Bahdi tidak mampu berjalan dan menguruskan diri sejak berusia dua bulan.

"Disebabkan berat badan malah usia yang semakin meningkat, makcik tak mampu nak dukungnya ke tandas.

"Makcik juga tak mampu nak beli lampin pakai buang untuknya, maka setiap kali ingin ke tandas, dia akan mengesot secara perlahan-perlahan," katanya.

Zaharah yang kini tinggal dengan anak kelimanya dan menantu bersama tiga cucu, menggunakan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk membeli keperluan harian Seri Bahdi.

Katanya, dia terharu dengan keprihatinan penduduk dan saudara mara yang sering menjenguk keadaan anak kedua dari enam beradik ini.
 
Back
Top
Log in Register