BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan segera bawa kemurungan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON 2 April - Penggemar makanan segera perlu lebih berwaspada selepas ini apabila satu kajian terbaru mendedahkan, tabiat suka makan makanan itu boleh meningkatkan tahap kemurungan lebih 50 peratus.

Kajian oleh saintis dari Sepanyol itu menunjukkan mereka yang gemar makan makanan ringan seperti burger, hotdog dan piza lebih terdedah untuk mengalami masalah kemurungan sehingga 51 peratus berbanding mereka yang hanya makan sedikit atau pun tidak makan langsung.

''Lebih banyak kita makan makanan segera, lebih besar peluang kita berdepan masalah kegemukan,'' kata Almudena Sanchez-Villegas yang mengetuai kajian itu.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Las Palmas de Gran Canaria and Granada, Sepanyol itu kemudiannya diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan Kesihatan Awam.
 
Habisla sapa suka makan Mc Value dkt McDonald..
 
patot la..awek aku kaut makan fast food..
baru2 ni asyik murung je..
nak kena halang dia start hari ni dari makan benda2 tu.
 
bila murung terus pi makan KFC untuk release tension.
 
makanan segera ikutkan memang tak elok untuk makan selalu , banyak lemak tepu
 
patutla aku aku tgok lepas makan mcdonald kwn aku murung..duit dah abis hahaha
 
bukan shj kemurungan..klu kanak2mkn byk sgt selama 3-4 tahunbole dpt penyakit hati..kuning
 
patutla aku asyik murung je..

kena cr org yg boleh masak utk aku la lepas ni~
 
Banyak lemak blok salur darah tu la jadi murung...kurang oksigen
 
Back
Top
Log in Register