BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

makanan keluaran apollo haram

benda2 camni tak leh pecaye sgt. kena hati2 mungkin konspirasi dari saingan2 perniagaan. so kita cuma take note saje dan buat research.
 
Produk keluaran Apollo Food Industries (M) Sdn. Bhd telah mendapat pengesahan halal JAKIM. untuk bersama, E471 dan E475 adalah pengemulsi yang dperbuat dari sumber tumbuhan, E471 dan E475 adalah berfungsi sebagai pengemulsi. secara amnya, kedua-dua pengemulsi ini boleh dihasilkan daripada sumber tumbuhan dan haiwan. Begitu juga dengan produk Lonbisco, pengemulsi yang digunakan bersumberkan tumbuhan iaitu terbitan minyak kelapa sawit. Bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, JAKIM telah memastikan E471 yang digunakan adalah dihasilkan dari sumber lelemak tumbuhan, oleh itu pengguna tidak perlu bimbang apabila terlihat E471 pada pembungkusan produk yang ada logo halal JAKIM kerana memang telah dipastikan bahan itu adalah halal.Penggunaan kod-e telah menjadi kod antarabangsa bagi penggunaan bahan tambahan dalam makanan, kerana itu JAKIM telah memainkan peranan penting untuk kesejahteraan pengguna di Malaysia menapis dan menyaring hanya bahan kod-e yang halal sahaja yang digunakan untuk produk yang telah disahkan halal oleh JAKIM di Malaysia. Sungguh pun begitu, bagi produk diluar negara, pengguna masih perlu berhati-hati kerana memang ada kemungkinan kod-e yang digunakan itu dihasilkan dari sumber yang tidak halal.

sumber : http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,19586.msg65459/
 
gulpppp.. beru kelmarin makan ni... tq utk info ni...
 
ok nice info...
 
good info......sekadar untuk berjaga-jaga.....kekadang tu banyak khabar angin....biasa la.....dunia perniagaan ni....macam2 boleh berlaku.
 
nk kne tgk blk ni... ni antara mknn kegemaran aku n adik2 aku
 
adeh..

anak aku suka makan lah lak nie....:(
 
Back
Top
Log in Register