BTC USD 83,416.1 Gold USD 4,115.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makan seperti Orang Kafir

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
makan-lebih.jpg

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Orang kafir itu
makan dalam tujuh usus sedangkan orang
mukmin makan dalam satu usus. (Shahih Muslim
No.3839)

Hadis riwayat Abu Musa ra.:
Dari Nabi saw. yang bersabda: Orang mukmin
makan dalam satu usus dan orang kafir makan
dalam tujuh usus. (Shahih Muslim No.3842)

ِﺤَﺴْﺐِ ﺍﺑْﻦِ ﺁﺩَﻡَ ﺃُﻛُﻠَﺎﺕٌ ﻳُﻘِﻤْﻦَ ﺻُﻠْﺒَﻪُ، ﻓَﺈِﻥْ ﻛَﺎﻥَ ﻟَﺎ ﻣَﺤَﺎﻟَﺔَ ﻓَﺜُﻠُﺚٌ ﻟِﻄَﻌَﺎﻣِﻪِ
ﻭَﺛُﻠُﺚٌ ﻟِﺸَﺮَﺍﺑِﻪِ ﻭَﺛُﻠُﺚٌ ﻟِﻨَﻔَﺴِﻪ
ِ
“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar
makan sekadar untuk menegakkan tulang
sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia
tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk
makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3
untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no.
2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

ﺃﻛﺜﺮ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺷﺒﻌﺎ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﺃﻃﻮﻟﻬﻢ ﺟﻮﻋﺎ ﻓﻲ ﺍﻵﺧﺮﺓ

“Orang yang paling banyak kenyang semasa di
dunia adalah orang yang paling banyak
mengalami kelaparan pada hari kiamat.” (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi, no. 2478. At-Tirmidzi
menghasankannya, demikian juga al-Albani
dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1199.
Ash-Shahihah, no. 343)

Maka..berhati-hatilah ketika makan..dan jangan lupa membaca bismillah ye..
 
ﺳﻴﻜﻮﻥ ﺭﺟﺎﻝ ﻣﻦ ﺃﻣﺘﻲ ﻳﺄﻛﻠﻮﻥ ﺃﻟﻮﺍﻥ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﻳﺸﺮﺑﻮﻥ ﺃﻟﻮﺍﻥ ﺍﻟﺸﺮﺍﺏ
ﻭﻳﻠﺒﺴﻮﻥ ﺃﻟﻮﺍﻥ ﺍﻟﺜﻴﺎﺏ ﻭﻳﺘﺸﺪﻗﻮﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﻓﺄﻭﻟﺌﻚ ﺷﺮﺍﺭ ﺃﻣﺘﻲ

“Kelak akan muncul para lelaki dari kalangan
umatku makan dengan pelbagai jenis makanan,
minum dengan pelbagai jenis minuman,
berpakaian dengan pelbagai jenis pakaian, dan
gemar cakap besar. Mereka adalah seburuk-
buruk umatku.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-
Mu’jam al-Ausath, no. 2351. Dinilai hasan oleh
al-Albani)
 
Al-Qurthubi berkata dalam al-Mufham ketika
menyebutkan kisah Abu Haitsam, ketika Nabi
menyembelihkan seeokor kambing untuknya dan
untuk dua orang sahabatnya, mereka pun makan
sehingga kenyang. Kata al-Qurthubi, “Di dalam
kisah ini terdapat dalil dibolehkan kenyang.
Adapun hadis yang melarang kenyang, ia boleh
difahami bahawa kenyang yang dilarang
tersebut adalah yang memberatkan perut dan
menghalang orang untuk melaksanakan ibadah,
melahirkan perasaan sombong, angkuh, asyik
tidur, dan menjadi malas. Kenyang yang dibenci
ini boleh menjadi haram bersesuaian dengan
kesan buruk yang ditimbulkannya.” (Fathul Bari
Syarah Shahih al-Bukhari, 9/528)

Kata Imam al-Ghazali rahimahullah, “Peringkat-
peringkat kenyang itu ada beberapa jenis.
Pertama, kenyang yang menjadi penopang
kehidupan. Kedua, kenyang yang bertujuan
untuk boleh berpuasa dan berdiri solat. Ketiga,
kenyang supaya boleh melaksanakan amalan-
amalan sunnah. Keempat, kenyang yang
menjadikannya mampu bekerja. Kelima, kenyang
yang cukup-cukup memenuhi sepertiga perut,
dan ini diharuskan. Keenam, kenyang yang
melebihi 1/3 perut sehingga menyebabkan
badan menjadi berat dan banyak tidur. Ini
dibenci. Ketujuh, kenyang yang melebihi 1/3
perut sehingga membahayakannya, dan ini
adalah kenyang yang dilarang dan ianya
haram.” (Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari,
9/528-529)
 
Salaam.

Rasulullah SAW memang terbaik.

Bila melampau batas, nafsu bermaharajalela.

Jadi malas.

Toksah citer solat sunat, solat fardhu pun tak sempurna.

Sedap bila bahan orang.

Tapi bila diri sendiri kena bahan, sentap bertingkat2.
 
Last edited:
Luqman pernah berkata kepada anaknya,

“Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah.”

Perut yang kosong dari makanan memiliki faedah-faedah dan perut yang penuh memiliki kesan buruk.

Perut yang lapar dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan.

Manakala perut yang sentiasa kekenyangan akan menjadikan otak menjadi lembab, menggelapkan hati, banyak menguap, dan otak sering berkhayal.

Dan ini boleh menyebabkan tertutupnya fikiran sehingga hati menjadi berat ketika dibawa untuk berfikir.

Di antara faedah diperolehi hasil perut yang lapar adalah seperti melemahnya dorongan hawa nafsu untuk bermaksiat dan mengurangkan dorongan melakukan kerja-kerja yang buruk.

Kerana di antara faktor yang memperkuatkan dorongan hawa nafsu dan syahwat itu adalah makanan.

Dengan meminimakan makan bererti dapat melemahkan dorongan hawa nafsu. Kehidupan yang sejahtera mampu dikecapi oleh seseorang apabila ia mampu mengawal nafsunya.

Adapun hasil kehidupan yang buruk akan diperolehi oleh seseorang yang tidak mampu mengawal hawa nafsunya dengan betul.

Ketika perut lapar maka yang pertama sekali melemah adalah nafsu seks dan keinginan berbicara.

Jika perut seseorang sedang lapar maka tidak ada dorongan nafsu dan keinginan untuk berbicara sehingga orang tersebut terhindar dari kesalahan lisan.

Dalam keadaan seperti ini, nafsu seks juga akan melemah sehingga orang tersebut terhindar dari perbuatan-perbuatan yang terlarang.

Di antara faedah yang lain adalah berkurangnya keinginan untuk tidur.

Kerana seseorang yang makan dan minum dalam jumlah yang banyak maka tidurnya juga akan semakin lama dan sudah tentu tidur yang banyak tersebut akan menimbulkan kerugian di dunia dan akhirat serta akan terluputlah banyak perkara agama dan dunia yang bermanfaat.

Di dalam kitab al-Ihyaa’, Imam al-Ghazali menyenaraikan 10 faedah hasil sedikit makan (tidak melampau dalam makan) dan 10 kesan buruk akibat banyak makan.

Oleh sebab itu, hendaklah seorang hamba tidak mengamalkan perkara tersebut (mengamalkan banyak makan) kerana akan mendorong dirinya bersikap rakus dan ia akan merasa sukar untuk meninggalkannya.

Oleh sebab itulah, dari awal perlu dilakukan pencegahan (atau penjagaan),kerana mencegah itu lebih mudah daripada menghilangkan kesan buruk yang telah timbul.

Sekian ulasan dan komentar Imam ash-Shan’ani rahimahullah dalam Subulus Salam (4/311-312 – al-Maktabah at-Taufiqiyyah).
 
salaam.. ayat yg tuan hitamkan tu pernah terjadi kepada saya sebelum ni.
 
nice sharing...
 
Back
Top
Log in Register