kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,808
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,808
- Reaction score
- 98
- Points
- 80
Makan sambil bermain, kanak-kanak tujuh tahun maut tercekik
Keadaan bertukar cemas apabila mangsa tiba-tiba tercekik sebelum menjadi lemah dan bersandar pada rakannya. Gambar hiasan
JAKARTA – Tabiat makan sambil bermain berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai tercekik bebola daging di Desa Wonobodro, Batang, Jawa Tengah.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan pada Khamis lalu ketika mangsa yang dikenali sebagai GC sedang bermain bersama rakannya di halaman rumah sambil menikmati bebola daging yang dibungkus dalam plastik.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batang, Kompol Bintoro Tio Pratama berkata, keadaan bertukar cemas apabila mangsa tiba-tiba tercekik sebelum menjadi lemah dan bersandar pada rakannya.
Saudara mangsa cuba memberikan pertolongan dengan menepuk belakangnya sebelum ibu mangsa membawanya mendapatkan rawatan daripada pegawai kesihatan.
Melihat keadaan kanak-kanak itu yang semakin lemah, pegawai kesihatan berkenaan menyarankan supaya mangsa segera dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Blado I.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di pusat kesihatan tersebut.
Ketua Puskesmas Blado I, Dr Dian Permaisuri berkata, darah turut ditemukan keluar dari hidung dan mulut mangsa.
Menurut keterangan perubatan yang diberikan kepada polis, keadaan itu dikaitkan dengan kekurangan oksigen sehingga menyebabkan saluran darah pecah.
Keluarga menerima kejadian itu sebagai musibah, manakala polis mengingatkan ibu bapa supaya lebih mengawasi anak-anak terutama ketika mereka makan sambil bermain bagi mengelakkan kejadian sama berulang. - Agensi
Makan sambil bermain, kanak-kanak tujuh tahun maut tercekik
JAKARTA – Tabiat makan sambil bermain berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai tercekik bebola...