BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

makam sultan brunei ke-5

rini

Freshie
Messages
38
Joined
Dec 4, 2010
Messages
38
Reaction score
0
Points
6
Makam Sultan Bolkiah terletak di Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, Sultan Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-V. Baginda mula memerintah dianggarkan dalam TM 1485 iaitu setelah ayahanda baginda, Sultan Sulaiman (lindung TM 1511) menurunkan diri dari Takhta Kerajaan.
Sultan Bolkiah adalah Sultan yang gah namanya, dihormati dan dikasihi oleh sekalian rakyat dan pembesar baginda. Baginda suka belayar ke luar negeri dan kemudian membawa oleh-oleh untuk dijadikan bahan kemajuan negara dan rakyat Brunei. Setiap kali apabila baginda berangkat, baginda gemar membawa nobat (gendang) kebesaran Diraja, kerana itu baginda terkenal dengan nama 'Anakkuda Ragam' atau 'Nakhoda Ragam'.
Dalam Brunei in the Boxer Codex, baginda disebut Sultan Salan iaitu sebutan bagi Sultan Abdul Salam Bolkiah, manakala dalam Hikayat Hang Tuah, baginda terkenal dengan gelaran Adipati Sulok.
Dalam zaman pemerintahan baginda, kekuasaan Brunei bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo bahkan Pulau-Pulau Suluk, Palawan, Balayan, Mindoro, Bonbon hingga Saludang. Sultan Bolkiah yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Brunei lindung pada TM 1524 ketika dalam pelayaran membawa permaisuri baginda Puteri Laila Menchanai ke Brunei.

*MENGIKUT CERITA KEMANGKATAN BAGINDA TERTUSUK JARUM EMAS DIJARI BAGINDA KETIKA SEDANG NYENYAK TIDUR DIPANGKUAN PERMAISURI BAGINDA YANG PADA KETIKA ITU ASYIK MENJAHIT BAJU. SELEPAS ITU PERMAISURI BAGINDA MEMBUNUH DIRI DAN KEDUANYA DI MAKAMKAN DALAM KUBUR YANG SAMA.....
 

Attachments

  • 174.6 KB Views: 395
  • 80.5 KB Views: 961
apa yg seram??
apa yg pelik??
apa yg misteri??
 
fuhh .. tinggi sungguh binaan makan ini
 
ni ke makam yg bukan dari keturunan sultan takleh masuk? kalau masuk gak muntah darah.. betul ke? org katalh:-?:-?:-?
 
poyo la klau kate sape masuk bukan keturunan muntah2 darah...tahyul la sape kate 2..sedangkan g melawat makam nabi Muhammad S.A.W pun xde ape2 ni lak makan sultan yg bini die bunuh diri lak..xde agama ke dlu...
 
Back
Top
Log in Register