Mak mertua, suami dan saya...

CG Sponsors




sakura-chan

Freshie
Joined
Jan 21, 2016
Messages
24
Reaction score
2
Points
8
Salam...

Maaf, saya ingin minta pendapat pembaca2 di sini berkenaan masalah saya..

Saya seorang suri rumah yg sudah berkahwin selama dua tahun.. mak mertua tinggal bersama saya dan suami sejak mula kami berkahwin.. ayah mertua sudah meninggal sebelum saya berkahwin lagi.. pada mulanya saya tidak ada masalah tinggal bersama mertua kerana ialah, mak suami saya juga.. dan saya fikir tinggal dengan mertua ni senang.. rupanya tidak...

Mertua saya berumur 72.. sakit.. tiroid, pernah buat pembedahan lama dahulu.. dia pernah rebah, pengsan satu ketika dahulu lama sebelum sy kenal suami lagi kerana badan lemah dan tak ada tenaga... Jadi sekarang dia bergantung kepada pengambilan ubat yg meransang penghasilan hormon untuk meningkatkan tenaga dan metabolisma.. jika dia makan ubat, dia akan ok, kalau tak, dia akan melepek, terbaring saja lemah tak boleh buat apa2... Ok itu secara ringkas tentang mak mertua...

Tentang perkahwinan saya pula, kami dikurniakan seorang baby girl berusia 11 bulan.. maybe itu satu2 nya anak saya.. suami duda, umur 49, ada anak 4 dari perkahwinan sebelum ni.. suami dan ex byk isu, sblm kahwin dulu suami selalu cerita mcm2 buruk pasal ex wife.. tapi saya ambil pendekatan berkecuali sbb tak dgr dari dua2 pihak...

Mula2 kami berkahwin pun, dah byk masalah.. masalah plg besar ialah kehendak dan expectation suami yg mahu saya layan mak nya seperti permaisuri (untuk saya lah, mungkin org lain tidak).. contoh, lepas mak nya makan, ambilkan pinggan maknya dan bawa ke dapur dan basuhkan.. isikan nasi.. basuhkan baju... Saya memberontak kerana rasa kenapa saya perlu buat semua tu sedangkan dengan mak saya sendiri pun saya tak layan begitu... Walaupun mak mertua saya sakit, tapi tidak lah sampai terlantar tak boleh buat apa2... Masih boleh memasak.. boleh berjalan di shopping mall... Boleh berjalan di genting highlands satu jam... Itu indikator saya mengatakan dia masih ada tenaga untuk buat macam2...

Kemudian mak mertua saya pula di awal perkahwinan kadang2 kencing bersepah di luar pintu tandas... Tisu bersepah.. saya pula dibesarkan dalam family yg amat titik beratkan kebersihan.. mak saya jenis yang hari2 menyapu dan mop rumah.. pantang tgk habuk dan pasir mesti sapu... Nenek saya pula walaupun sudah berusia 90 tahun dan sakit2 tapi tetap pantang nampak kotor sikit pasti lap... Saya tidaklah sebegitu tapi basic hygiene itu saya ada.. bg saya sakit bukan alasan.. kalau boleh jalan2 di shopping mall satu jam bermaksud masih ada tenaga untuk memasak, atau basuh baju, atau basuh pinggan dan buat small house chores... Tapi bg saya mungkin sbb dah dari muda mmg bukan jenis mengemas, maka mata nampak benda kotor pun tak kisah..

Dan oleh kerana itu saya pernah menggelar ibu mertua saya pengotor dan pemalas pada suami... Ini sewaktu kami bergaduh teruk tahun lepas.. sebab dah tak tahan... Suami mmg cukup marah saya ckp mcm2 tentang mak nya... Dia cakap pasal org lain boleh (adik ipar).. tapi org cakap pasal mak sendiri tahu marah...

Memang tak terkira dengan jari betapa kerap kami bergaduh... Terutama tentang mertua.. tetapi sekarang suami ambil pendekatan untuk bersihkan kekotoran yg dibuat maknya seperti air kencing yg bertaburan di atas lantai, tisu yg bersepah, dan bersihkan tandas maknya..

Maknya di rumah kalau saya boleh ckp hanya goyang kaki saja.. tapi yg bagus nya dia suka dengar org mengaji Quran.. credit is given when its due, yang baik tu saya tak nafikan.. dia pun baik dgn anak saya, kadang2 ada juga masak bila terasa nak makan tekak utara dia tu.. tapi bab2 kemas, mmg tak pernah dia buat sekarang.. dulu2 pernah juga nampak dia sental sink sekali.. sekarang tak da dah, nak lap meja ke apa.. bukan susah pun sbnya sbb saya punya habit ialah sink at least seminggu sekali akan buat, tak sampai seminit dah siap... Tapi x kisahla kan, sy anggap tu tugas saya..

Sekarang ni pun pinggan mangkuk dia sendiri mmg dia x basuh.. sbb suami saya kata letak je, nanti dia basuh.. dia pun ikut je ckp anak tak basuh pinggan.. kalau betul suami saya baduh everytime tak apa, tapi kdg2 tu suami tak sempat jadi saya yg basuh.. baju2 pun kadang tu dia masuk je dlm mesin basuh, jadi kadang2 campur dgn baju kami so basuh sekali..

Masalah suami ialah dia takut sgt mak dia pengsan lagi, tp masalahnya mak dia tu, selagi dia mkn ubat, ok je, boleh jln2 shopping mall lagi.. pernah baru2 ni mak dia masak, tak ada siapa2 suruh pun, muka suami saya punya ketat, bukan dgn saya je, tapi dgn anak saya sekali.. terus saya mengamuk, maki2 dia kenapa libatkan anak.. padahal mak dia yg nak masak.. yes, to be honest mmg lately sy suka marah2 dengan maki2 dia.. dah tak ada discount dah... Saya tahu itu salah tapi saya dah malas nak fikir... Dia ckp dia x suka gaduh tapi bila pasal mak dia je dia akan cari gaduh... Dan dia tahu saya mmg akan mengamuk kalau dia highlight pasal mak dia.. contoh 2 hari lepas, saya tak kemas bilik mak dia masa sy sapu n mop satu rumah... Dia marah saya x buat macam saya buat dosa besar.. lepas tu saya pun apa lagi, maki hamun dia macam2.. mintak cerai mmg wajib.. saya cabar dia ceraikan saya.. tumpahkan air teh panas atas dia.. yes, i know i have some temper.. but mungkin sbb dah tak da rasa sayang.. dah hilang hormat.. nafsu untuk bersama pun dah lama hilang.. bg saya lebih baik tidur dari layan dia.. penat masak, jaga n susukan anak.. pinggang, tengkuk, ari2 sakit.. tak hilang2.. kalau ada pun sebab untuk bersama, hanya disebabkan anak.. tapi dia tetap nekad mahu tetap bersama dan tak lepaskan saya.. kalau bawa ke mahkamah pun saya yakin hakim akan kata x cukup untuk bercerai.. sbb nafkah dia masih bagi.. kerja2 rumah ada juga dia tlg walaupun sy buat lebih.. dan dia ada sisi2 baik dia sendiri..

Selain tentang mak dia, sewaktu mengandung anak tahun lepas saya ada terjumpa dia mesej lucah dgn perempuan dan layan perempuan lain.. dengan perempuan lain di FB pun ada dia panggil dear sedangkan dgn isteri nak panggil sayang pun x pernah.. bila saya highlight tentang itu, dia ckp itu perempuan jenis fuck around dgn kawan2 dia n pernah cuba nak try do the same dgn my hubby tapi dia tak nak.. kenapa perlu cerita aib perempuan tu bila ko sendiri buat salah? Dia cakap saya jahat, hati busuk, tapi dia tak nampak dia punya kejahatan sendiri... dia ckp dia dah taubat but I don't trust him at all.. saya sangka kan berkahwin dengan org yg jauh lebih tua ni lebih tenang dan bahagia rupanya meleset jauh...

Namun saya juga tak cakap saya wanita yg sempurna... Saya juga byk kekurangan.. saya cepat marah, saya tak ikut cakap dia untuk tolong buat house chores untuk mak dia sbb saya rasa dia terlalu manjakan mak dia (sbb saya tahu ada ramai perempuan yg akan buat je).. well mungkin ada org akan kata saya busuk hati.. but it's up to u to judge.. after all, kalau sy busuk hati sangat, lepas kan lah saya, tp dia tak nak...

And to be honest, saya cuba juga untuk suka atau sayang pada mak mertua saya.. tapi tak mampu.. dah google mcm2 untuk bersihkan hati, jadi seorang yg redha, tapi belum sampai tahap tu.. mak dia pun ada perangai2 yg saya tak suka... 1st time, 1st day saya jumpa dia, dia cerita tentang keburukan ex wife anak dia sambil nangis2.. sampai saya pun terfikir mmg teruk sgt agaknya ex wife anaknya ni.. tapi bila dah duduk sekali saya fikir mungkin ada sbb kenapa ex wife suami sy buat apa yg dia buat sekarang (tak bg suami saya jumpa anak2 mereka)..

Ada beberapa benda yg mertua saya pernah cakap bg saya menunjukkan hati dia sendiri x berapa elok... Contohnya, "ex wife tu patut bersyukur sebab kan suami saya, dia boleh rasa tinggal di TTDI", " Ex wife tu takkan dapat suami sebaik husband saya".. dia terlalu agungkan anak sendiri, x nampak salah diri n keluarga sendiri.. yes anak dia may be the best son in the world but not best husband.. he used to be man with lots of money but sekarang dia hanya seorang b40 yg dpt BR1M.. Allah kurniakan dia byk kelebihan yg saya selalu ckp pada dia, jika kelebihan tu dpt kat org lain, dah lama jadi jutawan.. tapi dia sia2 kan, tak bersyukur dgn kelebihan yg ada dan senang berada di comfort zone..

Masa berpantang dulu husband saya pernah kata mak dia boleh je tlg2 saya masa berpantang tapi dia dah x larat sgt.. bagus jugak la, kalau tak pasti dia akan ungkit... Mcm yg dia pernah ungkit dengan saya yg dia jaga menantunya (isteri pada adik ipar sy masa berpantang).. dia ckp patut mak kepada menantunya tu yg patut jaga, bukan dia... Depan anaknya cakap ok, di belakang ungkit2 dgn org lain...

Dan saya pun sebenarnya dah cuba tutup mata dengan semua2 ni.. tapi lately rasa mmg tak tahan dah bila suami terlalu amat memanjakan maknya.. beli tilam baru untuk kami (sbb tilam yg kami pakai adalah tilam suami semasa bujang, spring pun dah terkeluar), suami belikan juga untuk maknya takut mak dia terasa walaupun pada saya tilam tu boleh je pakai lagi.. in fact sy pun takdalah marah sgt dgn mak mertua saya tapi sikap suami saya membuatkan saya hampir2 jadi benci juga kat mertua sendiri.. saya berbuih mulut cakap dekat dia apa yg saya rasa, tapi sekejap saya dia okay lepas tu jadi lagi n lagi n lagi... Dia terlalu nak berbakti kepada ibu ayah sampai saya rasa menyusahkan org lain.. saya juga pernah cakap kat dia x guna nak berbakti pada ibu bapa tapi dalam proses tu, menyakiti isteri sendiri... Tetap tak masuk syurga pun..

Saya dah penat... Exhausted... Maaf kalau terlalu panjang... Saya berharap pembaca2 di sini boleh kongsikan pandangan apa yg patut saya buat... jika rasa saya patut layan mak mertua lebih baik, pun cakap je.. saya pun nak tengok apa pandangan lelaki2 di sini memandangkan korang semua pun ada mak dan jika isteri korang berperangai seperti saya, korang rasa melampau..

terima kasih..

P/S: Edit sikit.. memandangkan saya rasa tulisan di atas terlalu menunjukkan sisi tak baik suami, saya share jugak lah sisi baik dia.. suami seorang yang pandai hormat org tua tak kira siapa, pandai bersosial, kalau ada duit tak berkira, pandai layan n sayang anak..
 
Last edited:
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,581
Reaction score
1,555
Points
201
kesilapan pertama kahwin dgn duda....dan waktu bercinta suami burukkan ex wife....biasanya vice versa.....tapi bila dah kahwin dan sanggup kahwin kena hadaplah...
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,650
Reaction score
218
Points
73
takziah.. cuba la cari jalan keluar secepat mungkin, tengok gaya lagi lama teruk TT makan hati nanti ni..
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,137
Reaction score
443
Points
141
ko dah kawin xleh wat apa2..emmm pk camni je la buat masa sekarang ni...nanti bila mak dia dah meninggal, kalau awak setia berada di sisi suami dan mak dia suami awak akan hargai awak lepas tu
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,047
Reaction score
198
Points
38
Jawapan bos kita ini dah cukup kuat utk selesai kan masalah rumahtangga moden ini.

Pasakan di dalam hati..

“Inilah ujian diriku darimu..aku percaya engkau akan membimbingku...AKU AKAN LALUI UJIAN INI KERANA MU YA ALLAH”..
inilah namanya ujian.
yang penting solat dan al-quran jangan tinggal.
 

opin

Active+ Member
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,870
Reaction score
182
Points
43
pernah dengar ibu mentua asyik cari salah menantu lelaki, serba x kena ngan menantu lelaki mcm menantu lelaki keluar dari perut mak mentua. ni pun haru juga. hahaha,

suami kena faham isteri kalau terlalu penat boleh buat isteri giveup. jgn di cabar tangan yg mengoyang buaian #.............
 
Sponsored Post
Top
Log in Register