Salam. Saya nak luahkan perasaan dan nak mintak pendapat. Saya dan isteri dah 3 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Kami berkahwin pada usia yang agak muda. Waktu tu umur saya 22 tahun dan isteri 23 tahun. Ye isteri saya tua setahun dari saya. Hubungan kami baik sahaja takde ape2 masalah. Gaduh2 sikit tu biasa la lepas tu baik balik. Hubungan mak saya dan isteri juga baik dan takde masalah. Cuma baru2 ni timbul satu masalah. Mak saya bercerita didepan menantu2 yang lain keburukan saya sewaktu saya sekolah. Untuk pengetahuan semua adik beradik saya semua lelaki jadi semua menantu perempuan. Bila mak saya bercerita keburukan saya di depan menantu yang lain isteri saya terasa hati dengan mak. Bukan itu sahaja, mak saya ungkit saya desak untuk kahwin dengan isteri pada usia yang muda. Jadi isteri saya sangat2 terasa dengan mak saya. Dia menyalahkan saya atas ape yang jadi. Sampai dia kata dia dah tak nak balik jumpa mak saya. Jadi dekat sini saya nak mintak pendapat ape yang patut saya buat. Kalau nak cakap dengan mak saya takut mak saya ingat isteri mengadu dengan saya. Kalau nak biarkan je takut nanti isteri pulak terus termakan hati. Saya buntu.
Waalaikumussallam.
Yg pertama...Tuan leoarif kena ingat..ibu adalah Syurga bagi anak.
Isteri adalah cinta hati pengarang jantung
Jadi...apa sja tindakan Tuan..kena bijak dalam mengharmonikan hubungan dengan Ibu..juga dengan isteri.
Jadi..yg Pak Cik nampak dlm isu Tuan ni..isu ni perlu dipermudahkan dan jangan dijadikan ianya satu isu besar.
Tak perlu tegur Ibu Tuan dlm hal ni..takut2 akan mengecilkan hati Ibu.
Jangan sekali2 nak kaitkan dgn sebab Isteri Tuan marah..ianya akan mengeruhkan hubungan Ibu dan isteri Tuan nanti.
Sebenarnya..sebagai lelaki/ suami..kita ni lah yg perlu kental.
Jangan cepat ikut rasa.
Cth dlm cerita Tuan ni.
Kalau hal begini jadi pada Pak Cik..hihi..seingat2 munkin pernah lama dulu..
Pak Cik akan selamba je twist cerita atau keadaan ..kepada yg menggembirakan atau yg membawa kesan positif.
Tapi mmg perkara begini perlu ada art dia
Cth...kalau Ibu Tuan cerita yg Tuan nak kawin...kalau Pak Cik..Pak Cik mengaku terus ..dalam jenaka...dan munkin akan tambah..cth..." mama pun macam tak sabar nak Sayang jadi menantu" ..cth...
Kalaupun ibu Tuan sebenarnya tak pernah pun tak sabar nak menantu..tapi...tak salah buat begini utk bermanja dgn ibu/ utk baikkan hubungan.
Cth mcm ni...cuba joke dan ceriakan suasana dan jangan jadikan ianya satu yg buruk.
Sebenarnya..dalam hubungan suami isteri...pasti kita akan jumpa begitu byk kekurangan ( juga kehebatan)
Tapi..sebagai suami...kena sentiasa cuba utk jaga keharmonian keluarga dgn kebijaksanaan.
Banyak pasangan yg bergaduh atas perkara yg kecik dan remeh temeh sja.
Ada yg sampai bercerai...hanya kerana perkara yg remeh temeh sja!
So..kena bijak.
Pujuk isteri baik2.
Amalan selalu bagi hadiah pada isteri pun baik.
Juga pada ibu...bagi hadiah...misalnya belikan barang kemas...tapi..jadikan hadiah tu drp isteri utk ibu Tuan..cth.
Ingat..selain drp kita perlu jadi anak yg terbaik.
Lelaki yg terbaik juga kata Rasullullah s.a.w iailah yg terbaik pada Ahlinya ( isteri dan Anak2) ...dan Rasullullah s.a.w memang yg terbaik terhadap Isteri dan anak2 Baginda.
Jangan malu utk Romantik dgn Isteri.
Dan jangan malu juga utk Manja dgn ibu sendiri.
Rasullullah s.a.w kalau dgn isteri siap boleh bergurau.
Boleh berlumba lari.
Pernah waktu buat kuih bersama isteri2 ada isteri Rasullullah s.a.w yg mcm nak bergaduh..Rasullullah s.a.w ceriakan suasana dgn mulakan cake war...
Akhirnya suasana jadi ceria dgn gelak ketawa.
Boleh cari cerita ini dalam seerah Rasullullah s.a.w.