Pe benda la yg korg nak provok negeri Kelantan..
Aku yg tinggal kat Selatan tanah air ni dulu pun dgr jgk ckp2 member aku yg negeri Kelantan ni mundur & hidup berpuak2.
Tapi selepas aku pergi kursus Post Basic 6 bulan kat KB, pandangan aku kat org Kelantan x sama cam member aku khabarkan...
Bagi aku org kelantan x sombong, diorg sentiasa mberikan pertolongan pada aku.. Baik yg muda @ yg veteran...
Bila aku pegi jln2 kat bandar KB, suasana dia lain ssgt.. Sejuk mata memandang tgk wanita2 kat sini mnutup aurat, walaupun de segelintir yg x masih "X sampai seru".. Yg paling best, kedai2 mkanan kat sini menawarkan harga yg murah berbanding kat negeri aku... Bygkan nasi berlauk kat sini harga dia dlm RM2.50 - RM4.00.. Berbaloi-2 aku rasa...
Pe pun sosio ekonomi di Kelantan masih ditunjangi oleh orang Melayu...
Itu mmg fakta di mana negeri lain sukar utk mengatasinye...
Ade satu peristiwa yg aku tgk dgn mata kepala aku, semasa negeri Kelantan mengalami kemarau, MB Kelantan menyeru rakyatnya agar mengadakan Solat Sunat Istisqa' di Stadium Sultan Muhammad IV...
Pe yg paling mengharukan, rakyat negeri Kelantan bersatu padu menjayakan solat sunat ini.. Cuba korg bayangkan, seluruh padang stadium dipenuhi dgn beribu2 umat manusia yg sujud memohon rahmat dari Yang Esa...
Masa tu aku hampir2 menitiskan air mata bila melihat peristiwa ni..
Pada pendapat aku biarlah ape yg org luar katakan pd negeri Kelantan, rakyatnya tetap memepertahankannya kerana hanya org Kelantan shj tahu kehebatan negeri mereka..