BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis kecoh, tetamu berebut ayam goreng

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,392
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,392
Reaction score
346
Points
141
geli-ayam-goreng.jpeg

Tangkap layar menunjukkan tetamu menyerang antara satu sama lain kerana berebut ayam goreng. - NDTV

NEW DELHI – Sebuah majlis perkahwinan di India kecoh apabila tetamu yang dijemput oleh keluarga pasangan pengantin berbalah kerana berebut ayam goreng, lapor stesen penyiaran NDTV.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Bijnor, negeri Uttar Pradesh, baru-baru ini.

Situasi itu didakwa tercetus apabila sekumpulan tetamu berkumpul di kaunter hidangan ayam goreng sehingga menyebabkan kesesakan.

Pertelingkahan kecil menjadi besar apabila kedua-dua pihak mula menyerang antara satu sama lain dengan menolak dan melemparkan tumbukan.

Seorang saksi berkata, kebanyakan wanita dan kanak-kanak terperangkap dalam kekecohan tersebut.

“Seorang pesakit jantung mengalami cedera parah. Dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Kami datang untuk meraikan perkahwinan tetapi keadaan menjadi kelam-kabut apabila tetamu berebut ayam goreng,” katanya.

Majlis diteruskan sehingga selesai di bawah kawalan pihak berkuasa. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register