BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Majlis kahwin 'drive-thru' dapat pujian netizen

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,545
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,545
Reaction score
4,820
Points
266


Astro Awani |
Diterbitkan pada
Julai 02, 2020 22:35 +08 | Durasi: 1 minit, 34 saat


Uniknya perkahwinan 'drive-thru', dapat pujian netizen

Majlis perkahwinan 'drive-thru' mendapat pujian netizen. - Gambar Facebook

JOHOR : Pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan ramai pasangan yang merancang perkahwinan mereka terpaksa akur untuk menunda atau membatalkan majlis tersebut.

Malah, ada di antara mereka yang mengalami kerugian apabila wang deposit untuk bayaran pelamin, katering, solekan dan hantaran tidak dikembalikan.

Menyedari normal baharu dan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pasangan pengantin Norazura Mohd Ali dan suaminya Agus Santosa Sidik mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan secara drive-thru.

Jelas Norazura, tetamu yang mahu hadir di majlis itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk menjalani pemeriksaan suhu.

Dia memberitahu, pada awalnya, ibu dan adik-beradiknya tidak bersetuju untuk menjemput kira-kira 600 tetamu.


"Mereka khuatir jika majlis itu menjadi satu kesalahan dan melanggar SOP kerajaan.

"Saya lebih yakin untuk melangsungkan perkahwinan ini apabila mendapat isyarat baik daripada polis selagi tidak melanggar SOP," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Sementara itu, pemilik butik dan andaman Dinas, Noorsaidatull Asmah Mohamed Sidek yang merupakan pencetus idea konsep perkahwinan drive-thru itu berkata, dia terpaksa mengambil tanggungjawab besar untuk memastikan tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu mematuhi SOP.

Katanya, tetamu perlu melalui tiga check point sebelum mereka dibenarkan 'hadir' ke majlis itu.

"Antaranya selepas memerika suhu badan, tetamu akan melalui kotak 'salam keruk' yang merupakan sebahagian daripada tradisi orang Johor bagi tetamu yang ingin memberi sumbangan wang sebelum ke khemah pengantin," katanya.

Selepas melihat 'hasil' majlis itu, Noorsaidatull Asmah memberitahu, dia mendapat panggilan daripada ramai pasangan untuk menganjurkan majlis yang mematuhi SOP itu.

Konsep perkahwinan yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini telah mendapat pujian ramai dan telah mendapat ribuan like di Facebook dan Twitter.

Sebaik dimuat naik, gambar mengenai majlis perkahwinan pertama kali disiarkan di Facebook oleh syarikat fotografi majlis itu menjadi tular.

sumber - http://www.astroawani.com/gaya-hidup/uniknya-perkahwinan-drive-thru-dapat-pujian-netizen-249515
 
tenor.gif


very naiiiiisssssssssss
 
malam pertama drive-thru..
 
wedding jiran yg mggu lepas ni pun suram je wpun dh bole 250 tetamu. suram sbb xde rewang. datang, makan, terus balik
 
Back
Top
Log in Register