BTC USD 43,035.6 Gold USD 1,866.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Main Microsoft Flight Simulator Versi 1 Hingga 4 Terus Dari Pelayar Anda

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,725
Reaction score
3,928
Points
236
Ada yang berminat dengan permainan Microsoft Flight Simulator 2020, tetapi berasa kecewa kerana spesifikasi komputer mereka tidak menyokong keperluan minimum untuk memainkan permainan tersebut. Jadi bagi mengubat kekecewaan itu, apa kata anda bermain versi pertama Microsoft Flight Simulator yang kini boleh dimainkan terus saja dari pelayar anda. Untuk itu, anda harus berterima kasih kepada Sebastian Macke iaitu seorang jurutera perisian yang telah mencipta laman khas di Github bagi membolehkan para peminat kapal terbang memainkan simulasi memandu kapal terbang yang dibangunkan oleh Microsoft pada tahun 1982 dahulu.

Cuma untuk versi pertama permainan ini, jangan pula bandingkan kualiti grafiknya dengan versi tahun 2020. Sudah tentulah ia amat jauh berbeza. Malah saiz fail permainan ini juga amatlah jauh berbeza di mana versi pertama Microsoft Flight Simulator hanyalah bersaiz 53KB sahaja. Manakala Microsoft Flight Simulator 2020 pula memerlukan minimum storan bersaiz 150GB.

Jika anda berminat untuk memainkan versi pertama permainan simulasi kapal terbang ini, anda bolehlah ke laman Github /FSHistory.

Atau jika anda mahu memainkan versi Microsoft Flight Simulator 2020, anda bolehlah membelinya dari laman STEAM yang berharga dari RM234.00. Permainan tersebut sudah pun mula ditawarkan sejak 18 Ogos lalu. Cuma pastikan terlebih dulu spesifikasi komputer anda sama ada ia mampu memainkan permainan tersebut ataupun tidak.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register