BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EmuOS - Bermain Dengan Aplikasi & Permainan Retro Pada Pelayar Web

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Sistem operasi seperti Windows 95, Windows 98 ataupun Windows ME sedia mempunyai nostalgia tersendiri kepada ramai orang diseluruh dunia. Melaluinya, pelbagai aplikasi ditawarkan, termasuk seperti Paint, Winamp, Clippy, mahupun permainan seperti Half-Life atau Worms 2.

Pelbagai aplikasi dan permainan berkenaan ditawarkan melalui pelagak (emulator) dibeberapa peranti. Menariknya, kini anda turut boleh mengembalikan nostalgia untuk aplikasi dan permainan berkenaan terus melalui pelayar web.

Ditawarkan melalui EmuOS, ia menawarkan pengalaman sistem operasi lama Windows bersama sejumlah permainan dan aplikasi terus melalui pelayar web. Anda tidak perlu memasang sebarang perkara, dan boleh mengaksesnya melalui halaman web berkenaan.

Apa pun, terdapat beberapa permainan dan aplikasi masih pada peringkat pembangunan, dan tidak beroperasi sepenuhnya. Tetapi, sekiranya anda ingin mengembalikan nostalgia – atau ingin melihat penawaran sistem operasi dan permainan serta aplikasi sekitar dua dekad lepas, mungkin boleh menyemak EmuOS ini hari ini.

EmuOS-Windows-Basic-Amanz-950x597.jpg


EmuOS-Windows-95-Amanz-950x597.jpg


Layari https://emupedia.net/beta/emuos/
 
Back
Top
Log in Register