dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
SETIAWANGSA - Penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Setiawangsa kecewa berikutan penyandang Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Berikutan itu, kira-kira 60 penduduk sekitar Setiawangsa dari pelbagai NGO menyatakan ketidakpuasan hati dan menuntut Zulhasnan dikembalikan bertanding bagi mempertahankan kerusi Setiawangsa, malam semalam.
Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Merak Kayangan, Haron Mohd Amin berkata, penduduk dan NGO sekitar Setiawangsa kecewa dengan keputusan pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan mahu pencalonan Zulhasnan dikaji semula.
“Selama ini, pimpinan BN sering mengungkap perkataan ‘calon boleh menang’ dan rakyat didahulukan tetapi dalam soal pencalonan Zulhasnan, konsep ini sudah terbalik dan mengecewakan penduduk di Setiawangsa.
“Jika begitu, apa gunanya dengan laporan dari Jabatan Khal Ehwal Khas (Jasa); Jabatan Penerangan; polis; NGO dan pelbagai lagi sekiranya rekod cemerlang perkhidmatan Zulhasnan tidak diambil kira untuk memilih ‘calon boleh menang’ di Setiawangsa,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Komuniti Bistari AU3, Rosnani Jaafar, 52, berkata, Zulhasnan merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa mendahulukan penduduk.
“Selama dua penggal menjadi wakil rakyat, beliau adalah satu-satunya pemimpin yang mengambil berat kebajikan penduduk dan kami masih memerlukan khidmat beliau,” katanya.
Pengerusi Penduduk Kelumpuk Serindit, Zakaria Idris, 51, berkata, sepanjang beliau berkhidmat, Zulhasnan berjaya menyatupadukan kira-kira 70 persatuan penduduk di seluruh Setiawangsa.
“Penduduk sangat kecewa apabila mengetahui namanya tidak dicalonkan pada PRU13 dan berharap pucuk pimpinan BN menamakannya semula untuk bertanding,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Menara Cenderawasih, Mohd Halim Baharuddin, 55, berkata, Zulhasnan adalah pemimpin terbaik yang pernah ada dan berjaya mewujudkan satu fenomena luar biasa dengan menggabungkan persatuan penduduk di bawah satu bumbung.