BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahu ziarah pusara

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Mahu ziarah pusara


PONTIAN: “Kami akan ke Mesir dalam masa terdekat untuk menziarah kubur arwah jika usaha mengumpul wang bagi perbelanjaan ke sana tercapai,” kata Aminah Bakar, 68, di sini, semalam.

Aminah adalah ibu kepada pelajar Malaysia, Abdul Hafiz Mohd Norok, 25, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari kenderaan dalam usaha menyelamatkan diri daripada disamun ketika mahu pulang ke rumahnya di Shoubra, Kaherah, Mesir, Rabu lalu.


Menurut Aminah yang berasal dari Kampung Asam Kumbang, Benut, dia kini berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada ahli keluarga bagi membiayai kos untuk ke Mesir.

“Saya ada sedikit simpanan namun ia tidak mencukupi, selain itu, jika ada pihak yang prihatin, saya sudi menerima sumbangan daripada mereka.


“Walaupun tidak dapat menatap wajah anak buat kali terakhir, apa yang saya harapkan ialah dapat menziarah kuburnya,” katanya.


Menurut Aminah, dia bercadang mengepos baju Melayu kepada arwah anaknya dua minggu sebelum Aidilfitri, namun ia kini hanya tinggal kenangan.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahuziarahpusara/Article/artikelMA
 
Back
Top
Log in Register