BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Kurangkan Ganti Rugi KJ Kepada RM830,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
db2bb3427fb30afa0c4d46eb867309e86996e351bfa69

Gambar fail
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan jumlah ganti rugi yang diberikan kepada bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin daripada RM2.5 juta kepada RM830,000 dalam saman fitnahnya terhadap Mohd Rasyiq Mohd Alwi berhubung hantaran media sosial berkaitan vaksin COVID-19.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan bersidang bersama Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahril Mohd Salleh mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung liabiliti, namun meminda jumlah ganti rugi.

Mahkamah yang membenarkan rayuan Mohd Rasyiq mengurangkan ganti rugi am daripada RM2 juta kepada RM500,000 serta ganti rugi teladan daripada RM250,000 kepada RM80,000, manakala ganti rugi teruk sebanyak RM250,000 dikekalkan.

Pada 25 Jan 2022, Khairy, 50, atau lebih dikenali sebagai KJ, memfailkan saman terhadap Mohd Rasyiq, yang juga dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq, atas dakwaan membuat beberapa kenyataan fitnah termasuk menyiarkan tiga video dan gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Okt 2021 serta pada 6 dan 10 Jan 2022.

Menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Mohamed Zaini berkata fitnah yang dilakukan perayu (Mohd Rasyiq) bukan sahaja mencemarkan reputasi bekas Ahli Parlimen Rembau itu, malah berpotensi menjejaskan kepentingan awam kerana hantaran berkenaan boleh mempengaruhi orang ramai supaya tidak mengambil vaksin.

“Perayu yang menampilkan dirinya sebagai pendakwah agama tertakluk kepada standard tanggungjawab dan tahap kewaspadaan yang lebih tinggi apabila membuat kenyataan kepada umum.

“Masyarakat meletakkan kepercayaan, rasa hormat dan autoriti moral yang tinggi terhadap individu yang mempunyai kedudukan agama. Pengikutnya secara munasabah cenderung menerima kenyataan pendakwah sebagai benar dan berteraskan moral,” katanya.

Beliau berkata Mohd Rasyiq, 46, mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk mengesahkan ketepatan kenyataannya sebelum menyebarkannya. Dengan memilih untuk menerbitkan dakwaan tidak disahkan, palsu dan berunsur fitnah terhadap Khairy, beliau menyalahgunakan kedudukan autoriti moral serta mengeksploitasi kepercayaan masyarakat terhadap tokoh agama.

Katanya terdapat lapan penerbitan berasingan dan Khairy berhak menuntut ganti rugi bagi setiap satu daripadanya.

 
Back
Top
Log in Register