BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Kuala Kangsar terbakar

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA KANGSAR 4 Okt. - Sebahagian daripada tingkat dua bangunan mahkamah yang terletak di Jalan Raja Chulan di sini terbakar semalam.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Roslan Abdul Razak berkata, dalam kejadian pukul 5.25 petang itu, ia dipercayai berpunca dari bilik solat sebelum merebak ke bilik-bilik lain.

Bagaimanapun, katanya, fail-fail dan dokumen penting di mahkamah tersebut dapat diselamatkan kerana api dapat dipadamkan segera.

"Bahagian yang hangus hanya sebahagian daripada siling di tingkat berkenaan, peralatan pejabat, karpet bilik solat dan kerosakan kecil beberapa peralatan lain," katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, kebakaran itu disedari seorang pekerja hotel berdekatan mahkamah terbabit sebelum terus bertindak menghubungi bomba.

Sebaik sahaja menerima panggilan, beliau mengetuai operasi dengan dua buah jentera dan 20 orang anggota.

Katanya lagi, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke bahagian lain serta tingkat bawah bangunan dua tingkat itu.

Roslan berkata, setakat ini, pihaknya masih belum dapat memastikan punca sebenar dan nilai kerugian yang dialami akibat kebakaran tersebut.
 
Back
Top
Log in Register