BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahfuz umum keluar Pas.

Mahfooz ni mmg nak PAS pecat dia kalu ikut sumber terdekat... nak buat mcm Husam tu...

Tp kalu betol pengikut dia ramai kenapa nak tgg kena pecat.. keluar pon org ikut jugak... takut makan baiah la kowtttt

Saja test tengok berani ke pas pecat dia..
Politik ini kena pandai main strategi... kalau kena pecat modal politik mahfuz nk hentam pas lagi kuat...

Setakat baiah tu itu semua bkn perkara utama sbb dia ada hak langgar baiah jika parti yg dia yg ikat itu sendiri dah terpesong dari jln asalnya tidak spt ketika mengikat baiah..
 
Last edited:
PAs ni Parti tok lebai....mahfuz mana layak...Tabik pd mahfuz yg sanggup menjadi wakil akar umbi utk menyedarkan malaun kat atas tu.
 
Saja test tengok berani ke pas pecat dia..
Politik ini kena pandai main strategi... kalau kena pecat modal politik mahfuz nk hentam pas lagi kuat...

Setakat baiah tu itu semua bkn perkara utama sbb dia ada hak langgar baiah jika parti yg dia yg ikat itu sendiri dah terpesong dari jln asalnya tidak spt ketika mengikat baiah..

betul, politik itu strategi, kesabaran mesti berada ditahap yg tinggi, kerana, ini akan membuatkan lawan jadi kecelaruan:D
 
POKOK SENA - Pas sewajarnya menyemak kembali pendirian parti itu berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain apabila Bersatu sekali lagi memberi tempoh sebulan kepada Pas untuk memuktamadkan kerjasama dengan blok pembangkang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Pas harus berjiwa besar seperti dua tokoh yang sebelum ini diibaratkan musuh ketat, namun kini berdamai demi menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan kuasa BN.

“Pemimpin Pas harus berjiwa besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang boleh melupakan sejarah hitam antara mereka demi mencapai matlamat sama, iaitu tumbangkan kerajaan BN,” katanya.

Menurutnya, parti itu juga perlu bertolak ansur dalam isu-isu berbangkit antara parti, termasuk kerjasama dengan Amanah dan DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu beri Pas masa sebulan lagi]

“Perkara yang menjadi halangan patut dibawa dalam rundingan, namun sebaliknya Pas membuat ketetapan muktamad menolak kerjasama, jadi tidak boleh berundur kecuali Pas sanggup ‘telan’ pendirian yang sudah dibuat,” katanya.

Mahfuz berkata, rakyat tidak akan marah malah berbangga sekiranya Pas mampu melupakan sengketa sesama parti lain, dan melupakan kesilapan lalu.

“Kembalilah kepada arus politik perdana dan ke meja rundingan bersama parti pembangkang, kerana masih ada masa,” katanya.

Mengulas sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang masih mampu membawa parti itu ke landasan seperti dikehendaki ahlinya, Mahfuz sekadar berkias, agar semua pimpinan harus miliki keberanian dan tidak boleh membiarkan parti terumbang-ambing.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pemimpin-pas-kena-contohi-tun-m-kit-siang-1.629771
 
POKOK SENA - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, kenyataannya yang disifatkan mengkritik parti bukanlah berniat untuk mengecam, sebaliknya kerana mahu memastikan survival parti itu dalam politik negara.
“Saya bukan kecam Pas, saya menegur kerana sayangkan parti selain mahu selamatkan Kelantan agar tidak jatuh ke tangan BN pada PRU14, akibat keputusan parti yang enggan bekerjasama dengan parti pembangkang lain. Pas harus fikirkan survival parti itu dalam jangka panjang,” katanya, semalam.

Menurutnya, beliau bimbang keengganan Pas untuk bersama parti pembangkang lain membentuk pakatan lebih besar (grand coalition) boleh menyebabkan parti itu kehilangan Kelantan, termasuk menjejaskan kedudukan di Selangor apabila Pas menolak kerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan politik dengan Amanah dan DAP.
“Mungkin Pas lupa, sebelum ini mereka boleh kerjasama dengan Semangat 46 yang terlibat menjatuhkan kerajaan Pas, selain Berjasa yang dilabel parti serpihan Pas pada 1978. Kedua-dua parti itu pernah kianati Pas, kenapa sekarang Pas tidak boleh kerjasama dengan Amanah atau parti lain,” katanya.

Mahfuz berkata, Pas harus berfikiran melangkaui sentimen berpuak-puak dan mengenepikan amarah untuk kelangsungan parti itu, dan perlu bersama parti pembangkang lain menjatuhkan kerajaan kleptokrasi BN.
“Kenyataan saya harus dilihat sebagai mewakili suara ahli parti yang tidak lagi gembira dengan cara politik Pas sekarang. Ramai ahli, penyokong dan pengundi Pas tidak senang dengan pendekatan politik Pas, yang dilihat menjarakkan diri dari arus perdana politik tanahair,” katanya.

Mahfuz turut menempelak kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyarankan beliau keluar parti kerana sering mengkritik parti.

“Kenyataan Mohd Amar menghalau saya keluar Pas amat mengejutkan dan memperlihatkan sikap 'gedebe' beliau.
"Kenyataan itu bukan mengajak berdamai sebaliknya mencabar ahli keluar parti, yang tidak sepatutnya dilakukan,” katanya.

Menurutnya, adakah Pas kini tidak lagi boleh menerima pandangan berbeza daripada ahlinya.
“Ahli yang menegur parti secara terbuka untuk kebaikan diminta keluar parti? Apakah budaya tegur menegur sudah mati dalam Pas? Janganlah bina persepsi bahawa Pas tidak boleh ditegur dan dikritik jika mentadbir negara kelak,” katanya.
Mahfuz berkata, pendirian Pas itu tidak disenangi sebahagian besar ahlinya kerana menjejaskan kestabilan parti itu sendiri.

“Pimpinan Pas perlu berhati-hati buat kenyataan, jangan rosakkan lagi Pas yang kini dilanda krisis. Sudah ramai ahli beralih parti, pimpinan harus sedar perkembangan ini,” katanya.

Sebaliknya, Mahfuz bertegas akan terus menyuarakan pandangannya biarpun bertentangan dengan pendirian parti.
“Saya tetap akan bawa suara akar umbi kerana masih sayangkan Pas. Sebahagian ahli berani bertindak, sebahagian tidak berani mengkritik dan ambil pendekatan senyap walaupun sebenarnya mereka kecewa,” katanya.
Menurutnya, Pas tidak wajar melihat keahlian yang ramai sebagai kekuatan untuk parti itu bersendirian, sebaliknya kejayaan yang dicapai bukan sekadar kekuatan Pas sendiri.

“Pada 1990, ketika itu parti pembangkang mula merapatkan kerjasama berdepan BN dalam pakatan yang lebih padu. Gabungan dalam Pakatan Rakyat telah menyaksikan Pas, PKR dan DAP beroleh kejayaan besar,” katanya.
Mahfuz berkata, sewajarnya pendekatan ini diteruskan untuk menggarap semua kekuatan dalam sebuah pakatan besar, untuk kekalkan kemenangan dan membina gabungan yang kuat.

“Pas perlu bersama dengan parti lain, yang miliki latar belakang dan asas perjuangan baharu seperti Amanah dan Bersatu supaya lebih utuh melawan BN pada PRU14,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/tegur-pas-demi-survival-parti-1.629785
 
Last edited:
Hadi minta Mahfuz tinggalkan Pas


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.

"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahfuz boleh keluar Pas jika tidak puas hati]

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.
Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media.

“Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.

“Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/hadi-minta-mahfuz-tinggalkan-pas-1.630124


:)):)):))
 
bukan senang bro, tngok apa jadi pada Dr.Hatta atau Husam cukup la, nuuuuu bai'ah taklik nuuuu...bercakap benar walaupun pahit, nampak gaya kepimpinan PAS skrg xleh ditegur atau kritik...

Ada betulnya.
Kritik je, terus kn suruh kuar parti
 
Back
Top
Log in Register