BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahathir berhasrat PM ke 9 semula

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
Irwan Muhammad Zain
Jun 15, 2021 20:09 MYT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya hanya mahu memberi sumbangan kepada negara apabila mencadangkan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dr Mahathir menjelaskan, tidak timbul isu beliau mahu kembali berkuasa apabila mengemukakan cadangan itu.

Beliau menjelaskan sumbangan yang mahu diberikan berdasarkan pengalamannya mengurus krisis ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Saya nak cuba berkhidmat, bukan fikir pasal diri saya. Kalau saya fikir diri sendiri, saya nak berehat macam orang lain, nak seronok-seronok.

“Tapi masalah ini perlukan pengalaman yang panjang. Saya ada banyak pengalaman, saya sudah tangani berbagai jenis masalah kewangan, politik, serangan terhadap matawang kita, dan selama 22 tahun saya ada, saya dapat banyak pengalaman,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan secara maya hari ini.

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekali.

Beliau menjelaskan tidak timbul isu untuk kembali menjadi perdana menteri lagi kerana sudah dua kali menjawat jawatan tertinggi itu.

“Kalau tak nak saya tak apa, tapi saya sanggup nak berkhidmat lagi walau dah tua. Saya bukan nak suruh orang terima pendapat saya tapi saya nak beri pengalaman saya kepada negara.

“Saya bukan nak jadi pembesar negara lagi. Saya dah pegang jawatan tertinggi dalam negara hingga sudah tak boleh lebih daripada itu, dua kali saya jadi Perdana Menteri, cukuplah.

“Patutlah saya gunakan pengalaman saya untuk kepentingan negara, bukan kepentingan saya,” kata Dr Mahathir lagi.
Khamis lepas, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu yakin MAGERAN mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara kesan penularan pandemik COVID-19.

Dr Mahathir turut menawarkan dirinya untuk mengetuai MAGERAN, namun beliau dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa penubuhan MAGERAN hanya boleh dilakukan jika ia diusulkan kerajaan.

#AstroAWANI
 
huhu atok pm9@9 series@2k21 (anuar magic numbers)

chanel utube bro yg dah 4.8m view since 7 years ago tu monetized tak? masyuk
 
Atok da tua. Atok da x lama dah
 
betul la musibat ini org, biadap ..kurang ajar..sekejap jadi pm, sekejap letak jawatan.....memperkotak katikan jawatan PM Malaysia
 
Back
Top
Log in Register