eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Biarpun tubuh sering semput dan hamil lima bulan, namun seorang wanita Sepanyol mengejutkan pihak berkuasa apabila berani melakukan kes pecah rumah berkumpulan pada siang hari di Taman Tun Abdul Razak, di sini, sebelum dia diberkas polis.
Lebih memeranjatkan wanita bertubuh gempal berusia 41 tahun itu turut dikesan menjaja tubuhnya dengan bayaran RM300 semata-mata membolehkannya terus menginap serta membayar sewa bilik hotel lima bintang di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, kegiatan jenayah wanita beranak empat berkenaan terbongkar selepas suspek yang melakukan pecah rumah bersama tiga rakan lain diberkas polis daerah Ampang, tengah hari semalam. Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, berkata dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, wanita terbabit dikesan muncul bersama tiga lelaki Amerika Latin berhampiran Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, di sini, dengan menaiki kenderaan Toyota Avanza yang disewa.
Menurutnya, kumpulan penjenayah dipercayai menjadikan kawasan perumahan mewah dan sunyi sebagai sasaran cuba memecah masuk kediaman rumah teres dua tingkat ditinggalkan penghuni kerana keluar bekerja.
“Bagaimanapun, seorang jiran mangsa yang prihatin melihat kehadiran kumpulan suspek berkenaan segera menghubungi telefon bimbit pemilik rumah bagi memaklumkan kejadian itu.
“Pemilik rumah yang menerima panggilan telefon jirannya segera pulang sebelum terserempak empat penjenayah yang menggeledah rumahnya,” katanya.
Menurutnya, suspek yang memakai penutup hidung dan mulut pencegah virus mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum melarikan diri melalui pintu sisi rumah mangsa.