BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MacOS Big Sur Kini Boleh Di Muat-Turun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,588
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,588
Reaction score
7,740
Points
916
Apple kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru perkomputeran mereka untuk semua pengguna Mac. Versi terbaru, dinamakan sebagai macOS Big Sur, menyertakan sejumlah pembaharuan bersama-sama dengannya. Antaranya adalah anteramuka yang dikemaskini dengan rekaan yang diberikan nafas baru, kemaskini kepada aplikasi Safari, Apple Maps dan Messages, selain fokus terhadap privasi melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan Mac, boleh memulakan naik-taraf ke Big Sur ini hari ini secara percuma.

MacOS-Big-Sur-950x466.jpg
 
Kemaskini Big Sur Di Laporkan MacBook Pro Lama Gagal Beroperasi

Kemaskini macOS Big Sur membawakan perubahan paling besar pada antaramuka yang kini lebih seragam dengan iOS dan iPadOS. Selepas kemas kini diberikan minggu lalu, mula kedengaran masalah yang dialami oleh pemilik MacBook Pro model lama.

Menurut laporan MacRumors, pengguna MacBook Pro 13″ penghujung 2013 dan pertengahan 2014. Masalah yang berlaku ialah selepas kemas kini, komputer riba hanya memaparkan skrin hitam. Pelbagai usaha untuk mengembalikan komputer riba ke versi terdahulu menemui jalan buntu sehingga terpaksa dihantar ke Apple untuk proses baik pulih.

Masalah ini telahpun diunjurkan ke Apple untuk tindakan segera. Kepada pengguna dua model MacBook Pro ini, anda disarankan untuk menangguhkan proses kemas kini sehingga isu berjaya diselesaikan.

Sumber asal https://www.macrumors.com/2020/11/15/macos-big-sur-update-bricking-some-macbook-pros/
 
macOS Perlu Aplikasi Ini Untuk 'Snap Layout' Macam Windows 11

Windows 11 baru sahaja diperkenalkan pada awal pagi tadi dimana ia adalah antara naik taraf terbesar pernah dilakukan oleh Microsoft. Selain rekaan ikon baharu, permainan lebih baik serta sokongan aplikasi Android, seperkara lain yang sangat menarik dan memudahkan adalah "snap layout". Ketika Windows 10, pengguna perlu menarik tetingkap (windows) yang dibuka ke bahagian kiri atau kanan bagi mengaktifkan paparan multi-tugasan (multitask).

Namun, pada Windows 11, produktiviti jauh lebih sempurna dengan adanya "snap layout" dan "snap group". Walaupun macOS sudah hadir dengan fungsi "split view" atau kawalan gestur untuk multi-tugasan, ia tidak cukup memberi kepuasan. Oleh itu, jika anda pengguna macOS dan ingin menguruskan tetingkap dengan "pro", anda perlu memuat turun aplikasi lain.

Antara aplikasi yang popular adalah Tiles atau Magnet. Seperti Magnet, ia adalah aplikasi berbayar sebanyak RM34.90. Jadi, sebagai alternatif, aplikasi rectangle adalah yang terbaik. Bukan sahaja percuma, tetapi ia menawarkan pelbagai mod untuk pengguna menguruskan tetingkap.

1624595786413.png
 
Back
Top
Log in Register