soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Windows generasi akan datang mendekatkan pengguna dengan apa yang disukai mereka
MALAYSIA, 5 Oktober 2021 – Microsoft hari ini mengumumkan perisian Windows 11 kini disediakan menerusi kemudahan naik taraf percuma bagi komputer peribadi (PC) Windows 10 yang layak, dan juga dalam PC baharu yang sudah sedia dilengkapi dengan Windows 11. Memandangkan PC kini memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan kita, Windows 11 telah direka dengan tahap keselamatan tinggi dan ciri-ciri bertumpukan pengguna, lantas meningkatkan produktiviti dan kreativiti.
“Windows ialah daya penggerak yang mempelopori inovasi. Perisian ini merupakan platform dan wadah bagi lebih sebilion orang menjalankan tugas mereka, melakukan aktiviti kegemaran mereka dan berhubung dengan insan tersayang mereka. Dengan Windows 11, kami membayangkan semula seluruh pengalaman pengguna untuk mendekatkan anda dengan apa yang anda suka, memastikan anda seronok bekerja dan mendorong anda untuk mereka cipta. Windows 11 akan memberikan ketenangan fikiran dan mencetus rasa keterbukaan, sambil menjamin keselamatan dalam segala yang dilakukan. Kami dengan sukacitanya membawakan Windows 11 serba baharu ke Malaysia,” kata Azizah Ali, Ketua Pegawai Pemasaran, Microsoft Malaysia.
Peranti Windows 11 boleh didapati daripada semua rakan pengeluar peralatan dan menerusi peranti Surface Microsoft. Sambil peranti yang menggunakan Windows 11 dilancarkan di seluruh dunia, pengguna boleh mengambil salah satu langkah berikut untuk mendapatkan Windows 11:
- Membeli sebuah PC baharu yang sedia dilengkapi Windows 11 dengan mengunjungi Windows.com atau peruncit tempatan anda
- Membeli PC Windows 10 yang layak untuk menikmati kemudahan naik taraf percuma dengan mengunjungi Windows.com atau peruncit tempatan anda
- Menggunakan aplikasi PC Health Check untuk menyemak sama ada PC Windows 10 anda yang sedia ada layak untuk kemudahan naik taraf percuma