nak konsisten itu memang payah, jika kita bertujuan untuk mendapatkan pulangan ataupun keuntungan dalam masa yang singkat. Saya mengenali forex sejak 2008, lebih banyak deposit daripada withdraw. Pendek kata selalu loss. Deposit terakhir saya pada bulan dis 2015 2k usd, (lupa pulak, sebelum tu pernah depo kat broker 'X' usd 500, jun 2015, profit dalam 80% terus cabut, bulan oktober 2015 kot...) sampai sekarang belum pernah deposit lagi, withdraw dah 4 kali, tak banyak, 10-15% keuntungan dari modal sahaja. cukup untuk bayar bil-bil bulanan dan belanja family makan kat kedai sekali-sekala...hehe. Mungkin saya dah jumpa teknik yang sesuai dengan saya...(mungkin je) Teknik biasa-biasa saja..ebook yang memang ada dijual diluar sana. Apapun, teknik adalah perkara no 2 bagi saya. Perkara utama ialah pengurusan kewangan. Walaupun modal besar sikit je, saya tak bukak lot besar, cukup buka lot 10 sen per pips max 5 hingga 7 lapis je. kekadang sampai 2 minggu baru keluar dari market. Saya lebih kepada swing trader, dan selalu gunakan daily, weekly dan kadangkala monthly sebagai panduan untuk masuk market. Stop loss ? kekadang sampai 100-200 pips..yelah..seratus pips sepuluh sen hanya 10 dolar je....take profit, secukup rasa...dalam 50-150 usd macam tu...kalau nak dapat withdraw setiap bulan,
1. pastikan pengurusan kewangan yang betul
2. trade based on higher timeframe d1 dan keatas.
3. trade kat retracement...
4. sabar, tak payah tenung laptop setiap hari...
5. jangan negatif sikit dah gelabah...eleh, lot sepuluh sen je....nampak macam ada retracement kat snr, tambah la lot sepuluh sen seketul..hehe...ingat kita based on higher timeframe, lambat laun akan profit juga....walaupun news besar sekalipun...lot kecik je...takat seratus- dua ratus floating, celah gigi je...kalau float positif, close je.
6. tanamkan dalam jiwa anda, anda boleh berjaya...
7. Ingat, market forex ni ada naik,dan mesti akan turun dan vice versa..
8. Buka la chart yang senang diramal, contoh: eurusd dan gbpusd dan pergerakannya pun takla seperti cross pair eg: gbpjpy
sekian dari saya...
part time forex trader
sabah