VPN adalah virtual private network. Senang cerita buat network dalam network. Macam2 cara dia gunapakai untuk buat tetapi yang pasti ia adalah selamat kerana network encrypted.
Oleh itu ia dianggap selamat. Tetapi ia betul2 selamat jika end to end adalah milik tuan. Maksud saya server dan client.
Apabila kita gunakan servis milik orang lain, maknanya tuan kena trust pemilik server berkenaan.
Jangan percaya bulat2 semua pembekal servis VPN. Kenapa? Mereka memegang trafik data anda. Jadi jangan gunakan untuk tujuan perbankan atau paypal contohnya.
Skandal VPN terbaru adalah syarikat pembekal Hola. VPN network mereka digunapakai untuk godam semua pengguna.
PC tuan2 jadi zombie untuk menyerang target server dengan cara DDOS. Oleh itu pilihlah pembekal VPN yang boleh dipercayai.
Jika lepas install client VPN tuan2 dapati PC load tinggi atau bandwith melambung naik, itu tanda2 PC tuan2 sudah kena zombify.