BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Macam ni pun boleh jadi MP

the Oranje

Fun Poster
Messages
869
Joined
Jul 7, 2008
Messages
869
Reaction score
21
Points
15
KUALA LUMPUR 16 JULAI: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir malu besar apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menegur perbahasan Ahli Parlimen BN itu yang diibarat seperti bercakap di kedai kopi.
Teguran tersebut ekoran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu melabelkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai ‘profesor kangkung’.
Penghinaan itu merujuk pujian Azmin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Kulim Bandar Baharu harus tahu membezakan antara perbahasan di Parlimen dan di kedai kopi,” kata Ismail seterusnya meminta Abdul Aziz memohon maaf kepada Azmin dalam Dewan Rakyat sebelum meneruskan perbahasan hari ini.
Terdahulu, Ismail mengesahkan Abdul Aziz telahpun memohon maaf kepada Azmin.
Khalid yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 2008 hingga kini atas kehendak rakyat di negeri termaju itu.
Sebelum menyertai politik, beliau berpengalaman dalam pelbagai bidang pengurusan korporat termasuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Bhd.
 
cerita kedai kopi..tiada hakim tiada saksi cerita sensasi dikedai kopi
 
biasa la tu,1st time dlm dewan rakyat
nk tunjuk ek la cket
 
Khalid the best.
x cakap banyak.
kerja siap.
 
dari sidang ke lobi parlimen seterusnya ke kedai kopi
politik malaya hangat sokmo
 
kate org sdp sgt mamak ning...makin naik luga doh dgn geng2 UMNOR ni....
 
Mamak Naina Merican tak bunyi ker?
orang baru jgk tu
 
Back
Top
Log in Register