BTC USD 84,443.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Mac Pro Baharu Mungkin Guna Cip M2 Extreme

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Mac Pro Baharu Mungkin Menggunakan Cip M2 Extreme - CPU 48 Teras, GPU 160 Teras Dan 384GB RAM;

Apple dijangka akan melancarkan Mac Pro baharu dengan cip Apple Silicon sepenuhnya. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai cip yang bakal digunakan. Memandangkan ia adalah komputer desktop paling mercu Apple, adalah tidak masuk akal sekiranya ia sekadar menggunakan cip Ultra seperti yang digunakan pada MacBook dan Mac Mini tahun lalu.

Dune-Pro-Casing-PC-Mac-Pro-950x535.jpg.webp


Menurut laporan MacWorld, Mac Pro mungkin akan dilengkapi cip yang lebih berkuasa dengan nama M2 Extreme. Ia mungkin dilengkapi CPU 48 teras, GPU 160 teras dan memori sehingga 384GB RAM.

Ramalan dilakukan berdasarkan cip M1, M1 Pro dan M1 Ultra tahun lalu yang menggandakan jumlah teras CPU dan GPU serta RAM berbanding cip yang paling asas. Kesemua ini masih sekadar spekulasi tetapi jika menjadi kenyataan bakal menjadi Mac Pro antara komputer desktop berkuasa di pasaran.
 
Apple Di Laporkan Batal Cip M2 Extreme Untuk Mac Pro

Ramai sedia menantikan pengenalan komputer berkuasa tinggi Apple Mac Pro yang dijana dengan cip terbaru Apple Siri-M. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Apple sedang membangunkan cip Apple M2 Extreme dengan kuasa pemprosesan tinggi, yang akan menjana Mac Pro, tetapi kini ia dilihat rancangan tersebut dibatalkan.

View attachment Mac-pro-950x534.jpeg.webp

Mengikut laporan Bloomberg, Apple telah membatalkan pembangunan Apple M2 Extreme untuK Mac Pro, sebaliknya akan melengkapkan komputer berkuasa tinggi berkenaan dengan variasi cip Apple M2 Ultra. Apple dikatakan membatalkan penggunaan cip M2 Extreme disebabkan oleh kekangan pada bahagian pengeluaran - termasuk kesukarannya yang mungkin membuatkan kosnya lebih tinggi. Sekiranya benar, maka dengan ini, kita mungkin melihat Mac Pro hadir dijana dengan cip Apple M2 Ultra yang dilengkapi cip 24 teras, dan sokongan untuk 76 teras GPU.​
 
Back
Top
Log in Register