BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mabuk Sambil Buat Mee!

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SHAH ALAM: Meloyakan apabila serbuan mengejut di sebuah kilang memproses mi kuning dan kuetiau menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa kebenaran mendapati kebanyakan pekerjanya membungkus dan menguli bahan makanan itu sambil meneguk arak dan samsu.

Aktiviti melampau itu dibongkar selepas kebanyakan pekerja warga Thailand terbabit tidak sempat menyembunyikan berpuluh-puluh botol samsu dipercayai dibawa masuk dari negara asal sebaik kilang mi di Sungai Buloh itu diserbu, jam 11.30 pagi semalam.

Operasi bersepadu dilakukan tiga pegawai Jakim itu turut menemui puluhan tin arak jenama antarabangsa dan botol todi bertaburan di kawasan memproses mi dan kuetiau dalam kilang berkenaan.

Operasi dijalankan bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Jabatan Kesihatan Selangor dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapati kebanyakan pekerja kilang di kalangan warga asing itu tidak mematuhi syarat kebersihan ditetapkan.

Malah, ketika serbuan dilakukan, ada pekerja tidak memakai baju dan kelam-kabut mencapai pakaian serta sarung tangan sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa kerana bimbang dikenakan tindakan.

Pemeriksaan terperinci kemudian menemui beberapa kotak samsu yang mempunyai kadar alkohol setinggi 27 peratus disorok dalam kilang itu selain botol dan tin kosong minuman keras yang baru habis diminum.

Beberapa pekerja kilang warga asing yang disoal siasat mengaku meneguk arak terbabit yang dibeli dengan harga RM3 sebotol sambil bekerja memproses mi dan kuetiau.

Pada masa sama, pemeriksaan lanjut mendapati pengusaha kilang mi dan kuetiau milik bukan Bumiputera itu turut menggunakan logo halal Jakim secara haram pada semua bungkusan mi serta kuetiau diedarkan.
 
Last edited:
Ni yg masuk tv smalam tu ker.
Pengotor betul.zaman skrg nak makan pun susah nk cari yg betul bersih.silap2 dia tuang arak dlm tempat bancuh mee pun kita xtau,barang mentah pulak tu.lainla kedai makan ker.
nampak la jugak.
 
Ni yg masuk tv smalam tu ker.
Pengotor betul.zaman skrg nak makan pun susah nk cari yg betul bersih.silap2 dia tuang arak dlm tempat bancuh mee pun kita xtau,barang mentah pulak tu.lainla kedai makan ker.
nampak la jugak.

Tuu arr pasal.. bunyi jerk Malaysia ni negara islam.. tapi nak makan pon kene hati2.. takut termakan yang haram.:( :( :( ..
Tindakan keatas pesalah tidak berpadanan dengan kesalahan yang dibuat.. asyik2 denda..denda.denda... paling kuat pon RM100K jerk..~X( ~X( .. Patut tarik jerk lesen perniagaan diorang sumer, blacklist kan nama peniaga & pengusaha tu dari mana2 perniagaan..:(scam :(scam :(scam
 
mee goreng pon sodap...nyum2..huhuhu...kembang tekak bila pikir.. =(
 
Ini yg diserbu oleh JAKIM... yg lelain apa crita...
Bnyk lg rasenya kilang haram buat mee mcm ni... buatnya diludah dlm mee tu , sdp je kita mkn... Cissss... :mad:
 
wah,syok ny negara hadhari nie....xde kt negara2 lain
 
aiseh.. ade plak yg mabuk mkn kuehteow psnih.. lantui btol la :(scam :(scam :(scam
 
sebelum ni ada yg kilang buat belacan penuh ulat tu... perghhh.. diorg ni asal kira untung sudah.. yg lain tolak tepi.. giler tul.

ni lah antara sebab kita kena sokong buatan org kita.
 
tak payah makan mee dgn kuew tiaw lagi. makan nasik goreng jer, lagi best. :D
 
sapa2 yg rasa pening lepas mkn mee tu faham2 ler yer...
 
Back
Top
Log in Register