BTC USD 84,428.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Maaf YB, Itu Batik Buatan Kelantan'

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
31.07.2025 - "Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Tunjung, Kelantan. Demikian tegas Pengasas Bujins Batik, Amir Harith sekali gus menolak dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mendakwa baju batik dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada Khamis dari Indonesia. Anak muda berusia 35 tahun itu berkata, Anwar telah beberapa kali menggayakan batik yang dilukis serta dihasilkan di butiknya dalam program rasmi kerajaan.​

1753975477426.png

"Batik yang dikenakan oleh Perdana Menteri dianggarkan bernilai RM900 hingga RM1,800. Bujins Batik telah ditubuhkan sejak 2009 dan beroperasi di Tunjung. Saya aktif melukis batik sejak berusia 19 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu Ahmad Amzad memuat naik satu hantaran di Facebook mempersoalkan tindakan Anwar memilih batik yang didakwa mempunyai motif daripada Indonesia. Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu meminta Anwar supaya berhati-hati memilih pakaian bersesuaian semasa peristiwa penting. Bagaimanapun Ahmad Amzad memadamkan hantaran tersebut selepas Bujins Batik menafikan perkara tersebut menerusi hantaran dilaman sosial rasmi miliknya.
​
1753975447926.png
 
sana mix

siye
kemboja

asal bole je
Mmg ad kajian DNA Melayu Kelantan Dan Jawa Ponorogo hampir sama ketulenan nya.

Kajian DNA menunjukkan bahawa orang Melayu Kelantan dan Jawa mempunyai perkaitan genetik yang rapat, menunjukkan bahawa mereka adalah serumpun atau serantau. Kajian juga menunjukkan bahawa orang Melayu Kelantan adalah antara sub-etnik Melayu tertua di Semenanjung Malaysia.

Perincian:
  • Kesamaan DNA:
    Kajian DNA yang dilakukan menunjukkan bahawa orang Melayu Kelantan dan Jawa mempunyai persamaan genetik yang signifikan, menunjukkan bahawa mereka berkongsi leluhur yang sama.

 
Back
Top
Log in Register