BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP minta maaf tapi tak ikhlas??

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,968
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,968
Reaction score
1,292
Points
206
IMG_5082.jpeg
IMG_5083.jpeg


Salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya Bangsa Johor.
Saya, Terrence, ingin merujuk kepada hantaran (posting) yang telah saya muat naik di platform Instagram pada 12 Julai 2026 yang lalu. Dalam hantaran tersebut, saya telah menulis: “At 1 am this morning, I went to 7e to buy Maggi Mee. The Staff working there told me she voted for Pannir,” yang disusuli dengan kenyataan: “That’s why you work at 7e.”

Saya mengakui kesilapan besar ini. Ketika memuat naik hantaran tersebut, saya telah bertindak mengikut emosi yang keterlaluan. Saya sama sekali tidak berniat untuk merendah-rendahkan atau menghina kakitangan berkenaan, mahupun mana-mana pekerja sektor retail yang sedang mencari rezeki yang halal. Tindakan saya yang terkhilaf ini jelas bertentangan dengan prinsip Muafakat Johor yang sentiasa menjunjung nilai keharmonian, saling menghormati, dan kesatuan sesama kita.

Sebagai individu yang pernah berkhidmat untuk masyarakat, saya sepatutnya mempamerkan profesionalisme yang tinggi. Saya sepenuhnya menghormati hak setiap pengundi untuk memilih wakil mereka secara bebas tanpa sebarang prejudis. Dengan rasa rendah diri dan penuh sesal, saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada kakitangan 7-Eleven yang telah saya guris perasaannya, seluruh warga kerja 7-Eleven, serta semua pekerja sektor retail lain yang terkesan dengan kenyataan saya.

Di samping itu, saya ingin memperjelaskan status perkhidmatan saya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Ketika hantaran tersebut dibuat, saya bukan lagi merupakan kakitangan Pejabat ADUN Perling, memandangkan 10 Julai 2026 adalah hari terakhir saya berkhidmat di sana. Justeru, kenyataan tersebut adalah sepenuhnya atas kapasiti peribadi saya dan langsung tidak mewakili pendirian DAP Perling mahupun Pejabat ADUN Perling.

Saya menerima pengajaran ini dengan hati yang terbuka untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dan matang pada masa hadapan.

Terrence
15 Julai 2026
 
Bekas Pembantu DAP, Terrence Tey Zi Yang tampil memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa telah menghina staf sebuah kedai serbaneka, 7-Eleven pada 12 Julai lalu.

Dalam hantaran Instagram Storynya sebelum ini, dia menulis, “Pada jam 1 pagi ni, saya telah pergi ke 7-Eleven untuk beli Maggi mee. Staf sana yang bekerja shif malam berkata dia telah mengundi untuk Pannir (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Johor). Patutlah kau kerja dengan 7e."

Hantaran itu dimuat naik oleh bekas Pegawai Pejabat ADUN Liew Chin Tong tersebut pada malam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Ahad lalu ketika DAP tewas di ADUN Perling kepada calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN), P. Pannir Selvam.
 
ketika dia menulis itu lah diri dia sebenar

dasyat dapig musibat nie
 
Back
Top
Log in Register