BTC USD 83,006.6 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maa Takaful Berhad

dia mcmni bro...kedua2 tu penting ikut situasi client.org yg bujang, tiada hutang, tiada komitmen,tiada tanggungjawab besar, takaful hayat atau life tidak perlu tinggi PADA WAKTU ITU.tetapi dia perlukan sesgt medikal kad kerana bil hospital yang tinggi tidak cukup tangan untuk dia sorang tanggung..

manakala client yang mempunyai hutang keliling pinggang,tanggungjawap besar sebagai seorang ayah/ibu/suamisteri perlukan life insurance yang tinggi kerana dengan jumlah gaji sekarang dia perolhi, mungkin paras2 hidungdan cukup aje untuk survive.Diwaktu dia sihat walafiat,mampu dia sediakan makanan atas meja,tetapi apabila berlku sesuatu tanpa dirancang, dari sumber mana 'duit lebih' itu akan dia perolehi? along?abang ngah?kak long?makayah?sepupusepapat?zakat?organisasi charity?minta sedekah?......itu semua kebarangkalian terjadi apabila diri dia tidak dilindungi dengan secukupnya takaful hayat atau life insurance...

soo sebelum buat kesimpulan atau jual sesuatu pada client,pastikn kita tahu dulu masalah dia sebelum kita beri kaedah penyelesaian kita pada dia iaitu takaful/insurance product

harap dengan perkongsian ini dapat bro memberi perkhidmatan dan advise terbaik pada klien :)cgrock

bagus explaination ko..boleh aku pakai ayat tuuu
 
benda ni ada pro dan kontra dia. kita jumpa lepas raya nanti - kita diskus detail ttg perkara ini. lebihnya di situ, tapi kurangnya di tempt lain....

wallahuallam

haris

en haris..
jumpa en haris kat pej esok....


haidhir
 
up sikit...
selamat hari raya pada semua perunding takaful dimalaysia
sama2 lah kita mengembangkan lagi muamalah islam
 
bayar rm150
dapat coverage rm80ribu
elaun hospital rm100
manfaat kemalangan rm20ribu
manfaat penyakit kritikal rm20ribu
medical card overolimit rm300ribu

ada saving lagi

murahkan...
 
SLIDE5.JPG


bayangkan lah kos perubatan pada masa kini
agak2 cukup tak duit kita nak menampung kos rawatan kalo
kita ditimpa dari salah satu penyakit diatas atau ditimpa musibah
 
Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.Kesilapan

2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.
 
Ops Sikap XX catat 16 lagi kematian

KUALA LUMPUR: Hari ke-14 Ops Sikap XX merekodkan 16 lagi kematian menjadikan jumlah korban terus meningkat kepada 238 orang sejak operasi itu dilancarkan 13 September lalu.

Menurut kenyataan Bukit Aman, semalam, motosikal masih menjadi penyumbang utama kemalangan maut dengan 11 kematian, diikuti kereta (lima).

Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 423 kes, diikuti jalan persekutuan (295), jalan negeri (184), lebuh raya (69 ) dan jalan lain (50).

Jumlah kemalangan semalam 1,021 kemalangan dan jumlah saman dikeluarkan 9,664.


Janji ayah tak tertunai

KUANTAN: “Saya sedih kerana tidak sempat keluar bersama ayah yang berjanji membawa saya pergi menggunting rambut,” kata Firdaus Mohd Nong, 13, anak sulung seorang daripada dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Batu 8, Jalan Gambang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Nong Jusoh, 44, pengurus sebuah syarikat keselamatan di Bandar Indera Mahkota di sini, maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala selepas terjatuh daripada motosikal Kawasaki Z1000 yang terlanggar seorang pejalan kaki di laluan berkenaan.

Turut terbunuh, pejalan kaki terbabit, Tho Chee Kim, 74, dari Kampung Melayu, Gambang di sini selepas kepalanya terhentak atas jalan.

Sebelum kejadian, Mohd Nong yang tinggal di Kampung Sri Mahkota di sini, menunggang seorang diri dalam perjalanan menghala pusat bandar dari Gambang bertemu rakannya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak Tho yang melintas jalan lalu terlanggar warga emas itu.
Akibat rempuhan itu, Mohd Nong menggelongsor ke tengah pembahagi jalan sebelum kedua-dua mangsa terbabit maut di tempat kejadian.

Menceritakan detik sebelum kejadian, Firdaus berkata, arwah bapanya sempat memberitahu mahu membawanya ke kedai untuk menggunting rambut selepas pulang berhari raya di rumah rakan.

Menurutnya, dia yang menunggu kepulangan bapanya terkejut apabila menerima khabar sedih itu melalui ibunya, Siti Mariam Md Saad, 40, sebelum bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Kelu lidah saya apabila mendapat tahu ayah sudah tiada dan sedih kerana tidak sempat keluar bersamanya untuk ke kedai gunting.

“Saya akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan keluarga yang kini hilang tempat bergantung,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom itu.

Firdaus yang mempunyai dua lagi adik perempuan, Nurul Adni, 12, dan Nurul Adeela Fatehah berusia lima tahun, berkata pada pagi 1 Syawal lalu, dia bersama dua adiknya tidak dapat berhari raya dengan bapanya kerana arwah bertugas.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 8, Jalan Gambang.


statistik ops sikap menunjuk kan peningkatan kadar kematian akibat kemalangan dimusim perayaan

dan sememangnya malang itu tidak berbau
 
di maa takaful quatation yang kita buat berdasarkan umur peserta yang terakhir dan bukan umur peserta pada hari lahir akan datang
 
fikirkan jika ditakdir esok apabila anda terjaga dari tidur anda dapati diri anda tidak boleh bangun dan berjalan.

anda didapati lumpuh.

anda hilang punca pendapatan.anda hilang pekerjaan

berapa banyak masalah yang anda akan hadapi???

anda mempunyai simpanan???
berapa simpanan anda???
20ribu???40ribu???60ribu???
bagus alhamdulillah....

itu jika anda mempunyai simpanan..bagaimana pula jika tiada???

adakah cukup simpanan anda???

berapa lama simpanan anda boleh bertahan untuk menampung perbelanjaan anda?pampers anda?persekolahan anak2 anda?hutang piutang anda?keperluan asas/hidup?itu belum masuk soal kos perubatan anda lagi???

apa???isteri anda berkerja?
berapa gaji isteri anda???
cukupkah untuk menampung perbelanjaan kehidupan anda sekeluarga???

ini yang anda kena fikirkan...berapa yang anda perlukan untuk menampung kehidupan anda sekluarga jika perkara diatas benar2 menimpa diri anda???

hubungi perunding takaful yang bertauliah sekarang untuk maklumat/penerangan percuma
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register