BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

M.Nasir nafi sertai program anjuran Perkasa.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk M.Nasir menafikan akan menghadiri majls anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) malam ini.

Seniman yang diberi gelaran sifu itu memberitahu, beliau mempunyai program lain yang telah diaturkan lebih awal.

"Saya mempunyai program lain yang telah diaturkan lebih awal, saya tidak akan menghadiri yang dianjurkan Perkasa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Perkasa menganjurkan majlis bersama warga artis malam ini bertempat di Hotel Seri Pacific bermula pukul 8 malam.

Pertubuhan tersebut mendakwa lebih 100 orang artis akan menghadiri majlsi tersebut antaranya M.Nasir, Amy dan Awie.

Di majlis itu, Biro Kesenian dan Warisan Perkasa akan dilancarkan oleh Presiden pertubuhan tersebut, Datuk Ibrahim Ali.

Satu sesi dialog 'Rintihan Pengiat Seni' juga akan diadakan selepas pelancaran Biro Kesenian dan Warisan Perkasa.

http://www.astroawani.com/news/show/m-nasir-nafi-sertai-program-anjuran-perkasa-34738


41398496956_freesize.jpg
 
Yg lain2 jd dtg x?
Byk budget....
 
Aku cadang tadi ingat nak pergi PWTC sebelah, malam ni,ada pesta buku antarabangsa...

tak jadi la ingat...mesti sesak...
 
Perh..... Pakai nama artis nak jemput lebjh ramai datang.
 
Back
Top
Log in Register