ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Lim bersama aplikasi LunchClick.
APLIKASI pintar mencari jodoh pertama di Asia, Lunch Actually berjaya membantu lebih 2,000 pasangan berkahwin di Malaysia sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Agensi Mencari Jodoh dari Singapura, Lunch Actually, Violet Lim berkata, sejak 10 tahun diperkenalkan di negara ini, lebih 4,000 memuat turun aplikasi tersebut.
"Daripada jumlah tersebut, ada yang sedang menjalin hubungan cinta dan keluar bertemu. Aplikasi ini diperkenal sejak 2004 di Singapura dan kini seramai 30,000 pengguna memuat turun aplikasi itu mengadakan pertemuan.
"Selain Singapura dan Malaysia, Lunch Actually berada di Indonesia dan Hong Kong sejak beberapa tahun lalu. Kami menjangkakan Lunch Actually akan diperluaskan ke Filipina dan Thailand," katanya ketika ditemui selepas melancarkan LunchClick di Kuala Lumpur, semalam.
Lim berkata, pengguna Lunch Actually meningkat 30 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini dan menjadikan ia adalah kumpulan terbesar di Asia Tenggara.
"Lunch Actually menyasarkan untuk membantu sejuta pasangan berkahwin," katanya.
Sementara itu, Lim berkata, LunchClick menyediakan padanan pasangan yang berkualiti dan seterusnya terus mengadakan perjumpaan secara berdua.