BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lumpuh selepas terlanggar landak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Salimah tidak pernah jemu menjaga suaminya yang terlantar sejak Jun tahun lalu.
< 1 / 1 >
MUAR – Sebuah keluarga terpaksa bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM500 sebulan, apabila suami yang menjadi tempat bergantung ditimpa kemalangan jalan raya.

Berikutan kejadian itu, Sukeri Jikan, 54, menjadi lumpuh kesan kecederaan parah di kepala hingga memerlukannya dijaga rapi isteri tersayang, Salimah Ngarip, 35, sepanjang 24 jam.

Salimah berkata, tragedi yang menimpa suaminya itu berlaku Jun tahun lalu sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Parit Bari, di sini, selepas membaiki gerabak kelapa sawit di rumah adiknya di Sungai Balang, dekat sini.

Menurutnya, suami yang menunggang motosikal dipercayai terlanggar landak sehingga hilang kawalan lalu terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas jalan.

“Orang ramai yang menjumpai suami dalam keadaan tidak sedarkan diri menghantarnya ke Klinik Kesihatan Parit Yusuf untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

“Bagaimanapun, keesokan harinya suami dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan kecemasan,” katanya, di sini semalam.

Salimah berkata, suaminya disahkan lumpuh dan tidak boleh bercakap beberapa minggu selepas dibenarkan pulang ke rumah.

“Kami perlu berjimat dalam perbelanjaan dengan mengutamakan keperluan suami untuk membeli susu formula khas berharga RM75 setin yang hanya boleh digunakan dalam tiga hari serta lampin pakai buang.

“Wang bantuan itu adakalanya tidak mencukupi memandangkan saya mempunyai seorang anaknya masih bersekolah di tahun 3 manakala dua lagi berusia 5 dan 2 tahun,” katanya.

Dia berkata, walaupun hidup dalam kepayahan, dia tetap bersyukur apabila ramai pihak prihatin terutamanya keluarga begitu mengambil berat perihal dirinya dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/lumpuh-selepas-terlanggar-landak-1.291181
 
kesian..moga isterinya tabah..bahaya betul binatang2 nie..
 
takziah kpd keluarga mangsa..ingatkan terlanggar 'benda' apapun takziah dan diharapkan bersabar
 
cukup tabah isterinya..ada dok dengar bila suami dah terlantar nie..ada yang tinggal jer..
 
Back
Top
Log in Register