BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lumba haram bawa maut

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
motoaccident4_1560495346.jpg







MISTERI kematian penunggang remaja lelaki di Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Tenang, Segamat terjawab apabila siasatan mendapati mangsa terbabit dalam lumba haram.

Persoalan itu terjawab apabila rakannya berusia 17 tahun mengaku mereka berlumba haram pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada 3.50 pagi, 5 Jun 2019.

Beliau berkata, mangsa, 18, bersama beberapa penunggang motosikal didapati berlumba di Kilometer (KM) 168 hingga KM166 Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Tenang, Segamat.

Menurutnya, mangsa menunggang Yamaha 125Z manakala rakannya berusia 17 tahun menunggang motosikal Yamaha RX-Z.

Katanya, dua remaja berkenaan menguji kelajuan motosikal masing-masing di laluan berkenaan sebelum penunggang Yamaha 125Z gagal mengelak lalu merempuh kereta.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa parah di kepala serta badan dan maut di tempat kejadian.

“Hasil siasatan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat pada 12 Jun lalu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku pembabitannya menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya bersama rakannya yang ditemui maut.

“Remaja lelaki berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di talian 07-9325811,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/465156/lumba-haram-bawa-maut








.
 
Siapakah yang bersalah disini? Mak bapak? Cikgu sekolah? Ketua Kampung? Polis? Kawan2? Atau Diri sendiri?
 
Back
Top
Log in Register