BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lucut warganegara cadangan melampau

IzaraFX

Fun Poster
Messages
713
Joined
Oct 17, 2018
Messages
713
Reaction score
17
Points
15
Lucut warganegara cadangan melampau

image.jpeg

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Cadangan supaya melucutkan taraf warganegara individu yang menghina Raja-raja Melayu disifatkan sebagai melampau.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin berkata, Malaysia bukan negara diktator atau negara raja berkuasa mutlak yang boleh melucutkan warganegara seseorang.

Beliau yang juga terkenal dengan sikap kritikalnya kepada golongan raja-raja turut memberitahu, sebagai negara raja berperlembagaan sudah tentu setiap tindakan perlu mengikut undang-undang.

“Kalau silap sikit kita lucutkan kewarganegaraan, akhirnya tidak banyaklah warganegara kita yang tinggal.

“Jadi apabila kita membuat cadangan janganlah keterlaluan atau bercanggah dengan Perlembagaan sehingga kita nampak tidak cerdik dan anti-demokrasi,” katanya menerusi entri terbaharu blog kadirjasin.blogspot.com, hari ini.

Jelas A.Kadir yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau menyambut baik persetujuan antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berterus terang antara satu sama lain.

“Baguslah. Pertemuan kali ini adalah atas kehendak Sultan. Maka dalam semangat yang sama, saya rasa kita pun hendaklah berterus terang juga antara satu sama lain,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak perlu sentiasa ingat bahawa setiap tindakan yang meletakkan institusi raja sebagai eksklusif antara punca banyak kerajaan beraja di dunia lenyap.

“Oleh yang demikian kita perlu saling menegur dan memberi peringatan. Hanya Rasullah SAW maksum.

“Misalnya kalau kita tahu ada tauke cuba rasuah raja kita atau ada orang yang pergi merata tempat cari tanah kerajaan kononnya bagi pihak raja, isteri raja dan anak raja kita kena bersuara,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lucut-warganegara-cadangan-melampau-1.820121
 
“Kalau silap sikit kita lucutkan kewarganegaraan, akhirnya tidak banyaklah warganegara kita yang tinggal.

Klako ayat dia....hahaha
 
aku kalau yg berucap macam.ni Kaum.lain aku paham.tapi yang ucap ni org kita mmg sedih
 
Kadir Jasin ni otaknya tak berapa develop rasanya.

Sapa la bo-doh nak layan permintaan sebegitu bo-doh seperti lucut kerakyatan? Mamat ni lah.

It’s just stu-pid by itself to entertain such idea...let alone write a fcuking article about it.

Article pulak macam nak patronize readernya.

“Kalau silap sikit kita lucutkan kewarganegaraan, akhirnya tidak banyaklah warganegara kita yang tinggal

Ya la kita semua bo-doh, ko sorang jer pandai. Takde modal nak tulis la kot sebab otaknya sel dah mampos macam uban di kepala.
 
#sorilah org PH banyak yg budusss jd penasihat , tonggang langgang! Biar lucut warganegara kalau perangai macam haremm ! Ko nak simpan yg bagus atau nak simpan yg tak bagus? Kualiti atau kuantiti? Pls jgn budusss!!
 
so, apa kata org bersatu?

aku kalu bab bersatu, suka sher dlm fb..
sebb nk bidas geng2 fb aku.psl depa dulu org kuat umno sblm pru.
umno kalah, lompat ke bersatu..
ramai2 y lompat tu jenis pegawai2 jkr, org kerajaan..
tu y syok aku sindir..haha
 
#sorilah org PH banyak yg budusss jd penasihat , tonggang langgang! Biar lucut warganegara kalau perangai macam haremm ! Ko nak simpan yg bagus atau nak simpan yg tak bagus? Kualiti atau kuantiti? Pls jgn budusss!!

Bro, ko bebel kat aku ke support akunya stance?
 
Back
Top
Log in Register