BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lucut kerakyatan Mat Sabu

kalau da semua dok meroyan camni apa kata sumer tv saluran perdana tayangkan full video ceramah mat sabu tu bior semua boleh buat penilaian sendiri....
 
Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah (PBPNK) menggesa agar kerakyatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilucut susulan kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.

Pengerusinya, Sharif Kontan berkata, kenyataan pemimpin Pas yang dikenali sebagai Mat Sabu itu bukan sahaja biadab, tetapi juga melukakan hati lebih 5,000 anggota PBPNK.

"Bukan sahaja bekas polis golongan Melayu sahaja yang merasakannya tetapi kalangan masyarakat India dan Cina juga ikut terasa dan mengecam dakyah palsu Mat Sabu itu,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kulim yang turut membuat laporan sama kelmarin, berkata, kenyataan Mat Sabu bertujuan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.

"Kami yakin semangat inilah yang cuba ditimbulkan Timbalan Presiden Pas itu dan kenyataannya itu amat berbahaya kepada keselamatan negara dan sewajarnya tindakan Mat Sabu ini perlu disekat atau pun dikenakan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau seumpamanya,” kata Pengerusinya, Hamid Othman. – Bernama

ini kenyataan utusan meloya..bkn mat sabu...kena saman utusan la ngok ngek :eek::eek::eek:
 
Ni video dia, aku tak dengar pun lagi Mat Sabu kata dia sokong komunis. Mat Sabu bercerita berdasarkan buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Warisan Johor. Agak2 kalau bawak ke mahkamah boleh menang tak?

http://www.youtube.com/watch?v=m4hDwBiGPGA

:-?:-?:-?
 
kalau da semua dok meroyan camni apa kata sumer tv saluran perdana tayangkan full video ceramah mat sabu tu bior semua boleh buat penilaian sendiri....

mana ada berani.sbb depa pengampu kuat.muak aku tgk depa per*****kan rakyat
 
Hal x penting.. Lucutkan warganegara org yang naikkan rege minyak, rasuah, kornisme amngok bla bla...
 
namawee tu hina lagu kebangsaan tak kena apa pun?

tol2 .. mmg sengal depa2 ni ... byk lagi yang teruk dari mat sabu tak dilucutkan pun

malah layak di bunuh tak ada ape2 tindakkan ... poyo
 
aduss..tak abis lagi ke dgn mat sabu.. udah2 le.. biaq pi la.. mungkin dia tersilap cakap.. maafkan je.. jom pikior cam mana nak majukan ekonomi orang melayu..
 
Back
Top
Log in Register