BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lucut kerakyatan Mat Sabu

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah (PBPNK) menggesa agar kerakyatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilucut susulan kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.

Pengerusinya, Sharif Kontan berkata, kenyataan pemimpin Pas yang dikenali sebagai Mat Sabu itu bukan sahaja biadab, tetapi juga melukakan hati lebih 5,000 anggota PBPNK.

"Bukan sahaja bekas polis golongan Melayu sahaja yang merasakannya tetapi kalangan masyarakat India dan Cina juga ikut terasa dan mengecam dakyah palsu Mat Sabu itu,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kulim yang turut membuat laporan sama kelmarin, berkata, kenyataan Mat Sabu bertujuan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.

"Kami yakin semangat inilah yang cuba ditimbulkan Timbalan Presiden Pas itu dan kenyataannya itu amat berbahaya kepada keselamatan negara dan sewajarnya tindakan Mat Sabu ini perlu disekat atau pun dikenakan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau seumpamanya,” kata Pengerusinya, Hamid Othman. – Bernama
 
ha3. lawak. semua nk tunjuk muka. bodek baguih punya. ingat polis xdak keja ka. asyik nk layan repot2 sampah mcm nih. samun/rompak menjadi2. kes pecah rumah berlambak. kalo dh beban polis bertambah, diorang mmg x sempat nk selesai kes2 tu semua. nk tanya sket, sblm merdeka, dh ada ker PDRM? Kita tuntut merdeka daripada siapa? so adakah sapa2 yg lawan British dianggap pengkhianat?
 
namawee tu hina lagu kebangsaan tak kena apa pun?
 
budaya bodek membodek ni,mmg ada dlm kitab ajaran umno.
 
lucut saja
sembang berdegar mau ke langit
lucutkan kalau berani
bukan susah pon
 
Takut nak berbahas, hanya berani mengugut, dah tu jahil undang2....

Belajar undang2 dulu sebelum suruh lucut kewarganegaraan.....
 
Semua isu nie dibuat semata2 nak melaga-lagakan orang melayu......sanggup mengampu DAP menanyakan komunis wira....berapa ramai orang komunis dah bunuh orang melayu................dia hidup zaman dah senang......cuba dia ada masa zaman darurat..........mau kena pancung mat sabu nie dengan orang melayu.......
 
Walaupun aku gelak kat mamat senteng ni, tak perlulah sampai nak lucut kerakyatan. Elok hantar dia masuk sekolah menengah belajar balik sejarah lagi elok.
 
Back
Top
Log in Register