Tu lah.
Tu yang bila duduk bujang, malas nak ziarah diorang.
Sebab sejak kecil rasa terasing, bila dah dewasa cam tak kisah dah pasal mak bapak.
Lagi tenang jiwa dok sorang.
Tuan 3 beradik ke?
Diorang sedar ke?
Ya, 3 orang juga dan semua lelaki.
Samalah kita. Masa sekolah menegah masuk asrama saya tak pernah nak balik rumah masa cuti. Lepak dengan budak2 Sabah dan Sarawak sahaja. Cuti panjang semester tu baliklah juga. Beri alasan ibubapa tiada di rumah kepada warden, kerja outstation. Memang jiwa lagi tenang.
Biasanya adik beradik yang lain sedar dan tahu mereka dilebihkan. Kalau dah bab harta benda dah nampak kan depan mata masing2. Mereka bukan sahaja sedar, bangga dan megah semua yang diminta dapat dan sampai minta2 lebih lagi. Ada yang pandai bermuka2 dan berlakon tiada duit. Kalau dah daripada kecil macam tu perangai, sampai ke besar memang tak berubah pun.
Bila orang tua sakit masuk hospital semua lari. Saya dan isteri yang gilir2 jaga. Allah beri ujian tu, kita sabar sahajalah. Ibu bapa kita pun manusia biasa, kekadang dia tak perasan apa yang dia buat dan cakap tu lagi2 kalau yang dah berusia. Ada juga 2 atau 3 kali tu saya memang tak tahan, terus balik rumah kerana tersinggung sangat.
Kita bukan nak bermusuh dengan adik-beradik tetapi mereka yang mengalami situasi sama sahaja yang tahu. Daripada kecil sampai besar dah cuba macam2 cara nak buat baik tetapi tak berjaya. Bila hari raya masih berkunjung cuma susah betul nak mesra. Padahal diri saya ni takde apa2 pun, tak mewah pun banding mereka. Malah dengan keluarga belah isteri ok je semua. Seronok dan iri hati tengok keluarga adik beradik yang baik dan mesra.
Tetapi jangan ingat kita sorang sahaja macam ni. Banyak lagi keluarga di luar sana yang sama. Ada seorang kawan masa belajar di USA dulu terus merajuk taknak pulang ke Malaysia. Panjang kisah dia.
Tengok keluarga mak mertua saya pun sama. Kesian juga setiap kali balik kampung, mak mertua mengadu kisah dia. Bab pembahagian harta memang tak adil sangat2. Adik beradik yang tahu pun buat macam tak tahu kerana masing2 dapat lebih. Ada juga adik beradik kononnya pinjam duit daripada nenek mereka yang berharta main ribu2 untuk kahwin, meniaga, bikin rumah, umrah dan melancong tetapi tak pernah nak bayar balik hutang.
Inilah lumrah hidup.