BTC USD 81,271.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

^^Luahan Hati^^

kecik-kecik mak bapak dah tanggung....
takkan besar bejanggut pun mak bapak nak tanggung lagi...
hmmmm..

p/s: ini kisah adik aku.

bab tanggung2 ni pun payah jgk kalau anak pompuan dah jd tgwb si bapak atau abg....

kalau si abg xnak tanggung tu yg payah....

mase skolah hingga ke kolej si kakak dah tolong......
harap abis kolej da dpt digree bleh bantu parent..... bantu adik2......tolong perant tambah bilik umah, tapi kojo x sampai setahun dah nak kawin.....
bila dah kawin..... parent mintak duit pun payah nak kasik.....
si kakak dah jenuh nasihat bg muka bagi duit dari dulu lagi....

payah la bebudak zaman skrg ni harap je ade dg tp otak xleh nak pikir......
 
syukur tergerak masuk thread ni

buat aku rasa kurang tekanan

baca masalah orang lain lagi berat dari aku

apa la sangat kalau nak bandingkan dengan ujian orang lain terima
 
ari ni dari pagi sampai ptg berjoli........... penah sehh..... sbb dah tua kot.........
 
susahnya jadi penganggur..

sape2 ada kerja acai2, lepas 6.00 keatas, boleh la roger. pakcik nie time opis hour jadi pejuang, lepas kul 6.00 baru leh kerja..
 
Da lama tingin makan nasi ayam ali. Nk mkn nasi ayam hainan. Harini bukak. Tapi cuma lalu je. Uhuk2.
 
Ya, 3 orang juga dan semua lelaki.

Samalah kita. Masa sekolah menegah masuk asrama saya tak pernah nak balik rumah masa cuti. Lepak dengan budak2 Sabah dan Sarawak sahaja. Cuti panjang semester tu baliklah juga. Beri alasan ibubapa tiada di rumah kepada warden, kerja outstation. Memang jiwa lagi tenang.



Pernah lepas SPM, saya ada cadang nak masuk asrama jauh2 sebab tak tahan dengan perangai mak.

Allah SWT tak izinkan.

Duduk berjauhan dengan famili lagi tenang jiwa dan tak banyak dosa.

Ye lah. Kalau dah duduk serumah dengan orang yang tidak suka pada kita...leceh lah.

Bila diorang tak suka, diorang 'tunjuk'. Sakit hati wooo.

Kita tak gamak buat orang camtu tapi dia gamak. Adik beradik saya pun ada yang tak suka pada saya.

Yang sorang (perempuan...andalusia ^^) tu memang benci sungguh pada saya.

Kita cuba nak berbaik2 pun tak laku. Ni saya tengah cari rumah nak pindah.

Saya tekad lepas ni, tak nak balik lagi dah.




Biasanya adik beradik yang lain sedar dan tahu mereka dilebihkan. Kalau dah bab harta benda dah nampak kan depan mata masing2. Mereka bukan sahaja sedar, bangga dan megah semua yang diminta dapat dan sampai minta2 lebih lagi. Ada yang pandai bermuka2 dan berlakon tiada duit. Kalau dah daripada kecil macam tu perangai, sampai ke besar memang tak berubah pun.

Bila orang tua sakit masuk hospital semua lari. Saya dan isteri yang gilir2 jaga. Allah beri ujian tu, kita sabar sahajalah. Ibu bapa kita pun manusia biasa, kekadang dia tak perasan apa yang dia buat dan cakap tu lagi2 kalau yang dah berusia. Ada juga 2 atau 3 kali tu saya memang tak tahan, terus balik rumah kerana tersinggung sangat.

Kita bukan nak bermusuh dengan adik-beradik tetapi mereka yang mengalami situasi sama sahaja yang tahu. Daripada kecil sampai besar dah cuba macam2 cara nak buat baik tetapi tak berjaya. Bila hari raya masih berkunjung cuma susah betul nak mesra. Padahal diri saya ni takde apa2 pun, tak mewah pun banding mereka. Malah dengan keluarga belah isteri ok je semua. Seronok dan iri hati tengok keluarga adik beradik yang baik dan mesra.

Kan?

Mungkin hubungan dengan mentua dan ipar lagi baik berbanding keluarga sendiri.

Mungkin mak mertua lagi bagus dari mak sendiri.



Tetapi jangan ingat kita sorang sahaja macam ni. Banyak lagi keluarga di luar sana yang sama. Ada seorang kawan masa belajar di USA dulu terus merajuk taknak pulang ke Malaysia. Panjang kisah dia.



Tu lah kan? Inilah ujian hidup. Bila kita baca kisah orang lain, rasa terubat sikit.

Sedar juga yang orang lain lagi hebat dugaan yang mereka hadapi.



Ada ustaz cerita, bila mak bapak tak reti jaga mulut...ada anak2 tak nak balik dah.

15 tahun tak balik2. Kecil hati punya pasal.






Tengok keluarga mak mertua saya pun sama. Kesian juga setiap kali balik kampung, mak mertua mengadu kisah dia. Bab pembahagian harta memang tak adil sangat2. Adik beradik yang tahu pun buat macam tak tahu kerana masing2 dapat lebih. Ada juga adik beradik kononnya pinjam duit daripada nenek mereka yang berharta main ribu2 untuk kahwin, meniaga, bikin rumah, umrah dan melancong tetapi tak pernah nak bayar balik hutang.

Inilah lumrah hidup.






Pernah saya pindah sebab memang tak boleh dah tinggal serumah.

18 bulan saya tak balik langsung ziarah mak bapak dan adik beradik.

Tak rasa apa pun.

Anak2 dia ramai...boleh layan dia.

Mudah2an bila saya dah kahwin nanti tak lah rasa sunyi sangat.


Sebab masa tinggal situ pun saya macam tak wujud.

Saya balik semula dan harap ok la kali ni.

Tak banyak berubah rupanya.

Ni nak 'berambus' semula.



Mak jenis mulut laser.

Kesian kat ayah tapi apa nak buat...bini dia kan?

Ayah jenis kuat sabar.




Saya kalau marah, diam jer.

Tapi membara di dalam.





Akhir zaman ni ramai suami kena queen control.

Bila nasihatkan bini, bini mengamuk.

Suami diam jer.

Saya perati banyak dah jadi skang.

Depan mata sendiri.

Bini dah > 60 tahun tapi selalu lewat2kan solat.

Cam skang.

Solat Maghrib kul 8.15pm, lepas habis drama 'Memori Cinta Suraya'.

Kalau suami tegur, sure kena laser punya.

Dia ungkit suami gi masjid tiap2 malam tapi layan wrestling.

Saya tanya kat FB UAI pun senyap jer ^^





Mak bapak kadang2 tak fikir.

Layan anak2 tak betul, kena jawab depan Allah SWT.

Anak2 pun sama juga kena jawab depan Allah SWT.

Apa boleh buat, mak bapak pun banyak masalah masa baru kahwin awal tahun 70an.

Ugama pun tak 100%.






Ni saya nak pindah nie, saya teringat kat anak sedara lelaki yang baru masuk 2 tahun.

Rindu.

Saya suka layan dia...dukung dia....dah jadi rapat.

Dia suka mintak dukung, ketuk pintu bilik nak tengok video untuk kanak2.

Layan budak2 lagi seronok dan tenang jiwa....diorang 'jujur'.

Dia tahu kita sayang dia...dia balas balik...dia cium kita etc.

Buat baik dengan orang dewasa?

Nama jer berakal.

Toksah citer nak hargai, silap2 dia tikam belakang.

Bukan la kita hadap sangat nak dihargai tapi kita manusia...lemah...mudah kecil hati bila orang tak appreciate.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register