BTC USD 86,658.1 Gold USD 4,343.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

^^Luahan Hati^^

Jabatan Agama?

Kaunseling?

Saya bukan nak galakkan perceraian tapi sebelum jadi apa2 atau makin parah...elok lah berpisah.

Rokok mematikan sel otak...tu yang jadi bengap tu :">


org jenis ketegaq ni susah nk konseling ni..last bln 9 janji nga ma ayah sy kata nk keja..smpai hari ni buat relax..betol2 buntu..
 
Pada 5 disember yg lepas seluruh negara terasa sepi kehilangan seorang putera yg berjiwa rakyat.
Almarhum berusia 25tahun ketika menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia kerana penyakit kanser.
Begitu juga dengan sahabat karibku Amirah binti Anuar yg meninggal dunia pada usia yg sama dengan Almarhum kerana tewas dengan penyakit kanser beberapa tahun lepas.
Walaupun bertahun telah berlalu, aku merindui mu sahabat.
Perjuangan mu melawan penyakit kanser luar biasa hebat.
Disebalik kesakitan melawan kanser, kau sering senyum ceria walaupun aku tahu kesakitan yang kau alami, yang aku lihat selama 3tahun menjadi roommate mu.
Kau tidak pernah menangis dihadapan keluarga atau rakan-rakan yang lain.
Walau sekuat mana semangat juang mu, Allah lebih menyayangimu sahabat.
Sahabatku, kau pergi menyahut panggilan Ilahi dan meninggalkan kami semua yang menyayangimu.
Segala jasa baikmu dan kenangan persahabatan kita masih segar diingatan ku.
Tenanglah kau disana sahabat, alfatihah kepada arwah Amirah binti Anuar.
 
Ingat tak aku tahun lepas pernah tulis yang aku reconcile dengan family?

Nampaknya tak kekal...selepas 1 tahun 6 bulan tinggal serumah.

Perangai lama masih ada.

Kecil hati dan sakit hati aku.

Kena pindah lagi la nampaknya.

Lepas ni tak nak balik lagi dah sampai bila2.

Susah juga bila ditakdirkan Allah SWT jadi anak yang mak bapak dan adik beradik tak berapa suka.

Tapi aku redha ya Allah SWT.

Kalau korang senasib, ziarah sekali sekala ok la.

Dok lama2...sengal.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register