Pada 5 disember yg lepas seluruh negara terasa sepi kehilangan seorang putera yg berjiwa rakyat.
Almarhum berusia 25tahun ketika menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia kerana penyakit kanser.
Begitu juga dengan sahabat karibku Amirah binti Anuar yg meninggal dunia pada usia yg sama dengan Almarhum kerana tewas dengan penyakit kanser beberapa tahun lepas.
Walaupun bertahun telah berlalu, aku merindui mu sahabat.
Perjuangan mu melawan penyakit kanser luar biasa hebat.
Disebalik kesakitan melawan kanser, kau sering senyum ceria walaupun aku tahu kesakitan yang kau alami, yang aku lihat selama 3tahun menjadi roommate mu.
Kau tidak pernah menangis dihadapan keluarga atau rakan-rakan yang lain.
Walau sekuat mana semangat juang mu, Allah lebih menyayangimu sahabat.
Sahabatku, kau pergi menyahut panggilan Ilahi dan meninggalkan kami semua yang menyayangimu.
Segala jasa baikmu dan kenangan persahabatan kita masih segar diingatan ku.
Tenanglah kau disana sahabat, alfatihah kepada arwah Amirah binti Anuar.