Luahan hati yang kebas dengan cinta,
Hati yang sudah tidak kenal apa erti cinta kerana membenarkan bunga-bunga taman hatinya rosak disebabkan hatinya sendiri,
Luahan hati yang kebas dengan cinta,
Mata yang sengaja dibutakan apabila melihat bunga-bunga cintanya layu dan patah kerana hatinya sendiri,
Luahan hati yang kebas dengan cinta,
Membiarkan mulut menyanyikan bait-bait cinta di taman bunga yang lain dan tanpa mempedulikan bunga-bunga cintanya yang ada luluh kerana hatinya sendiri,
Luahan hati yang kebas dengan cinta,
Membiarkan tangan ini membelai-belai taman bunga yang lain dan tanpa menghiraukan bunga-bunga hatinya kering kontang terbiar kerana hatinya sendiri,
Luahan hati yang kebas dengan cinta,
Luahan hati yang kebas dengan cinta,
Luahan hati yang kebas dengan cinta.
0123HR
17.06.15