salam
saya seorang lelaki, yang mana selama ini memandang poligami ini seperti air diatas daun keladi. Saya cukup sygkan isteri, dan anak saya. Perkhawinan sy menjangkau 10 tahun. Saya juga selalu berulangalik ke ipoh menziarahi seorang bapa angkat yg sy kenal 6 tahun lalu yang mempunyai keupayaan "kasyaf". Pada awalnya, dia ada memberitahu bahawa isteri saya akan berteman, dan sy yang mengatakan tidak mungkin. Bukan sekali malah 3 kali dalam jangkamasa yang agak jauh. Wife sy hanya diam.
Dipendekkan cerita, suatu hari, sy menghubungi bapa angkat sy hanya untuk bertanya khabar. Dalam pada itu, dia memberitahu bahawa di tempat kerja sy ada seorang wanita yang menaruh hati pada saya. jawapan sy .... lantaklah. lama kemudian, sy bermimpikan seorang kenalan ditempat kerja saya ini. Umurnya adalah 9 tahun lebih muda dari saya. bukan sekali, tetapi 3 kali dalam selang 3 minggu. Kuatir sy terkena sihir atau mainan perempuan, sy pergi keipoh dan bertanyakan secara bertentang mata dgn bapa angkat. Terperanjat saya bahawa dialah yang bapa angkat sy maksudkan bahawa menaruh perasaan terhadap saya.
Sejak dari itu, hati sy tidak tenteram. Saya meminta panduan dari bapa angkat saya untuk menghilangkan perasaan ini. Hanya doa ini shj yang dibekalkan
"YA ALLAH, SEANDAINYA DALAM KEHIDUPAN AKU INI ENGKAU TELAH TITIPKAN BAHAWA AKU AKAN MENEMUI JODOH SEKALI LAGI, KAU PANDULAH JIWAKU KEARAH YANG SEBENAR CINTA, SEBENAR RINDU, SEBENAR KASIH, DAN DALAM MASA YANG SAMA JGN KAU HILANGKAN PANDANGAN, KASIH SAYANGKU TERHADAP ISTERI DAN ANAKKU. SEANDAINYA INI ADALAH MAINAN PERASAAN YANG INGIN MEMBOLAK BALIKKAN JIWAKU UNTUK TERUS BERPEGANG PADA ENGKAU YA ALLAH, MAKA KAU HINDARKAN AKU PADA PERASAAN ITU TERHADAP DIA"
Allahumma, apa yg sy rasa, semakin lama semakin saya ada "RASA" cinta itu. Walaubagaimanapun, apa yang sy amat terkejut, budak perempuan itu pun dapat merasakan apa yang saya rasa. Meskipun kami satu tempat kerja dan lain jabatan, kami tidak pernah dating, makan bersama, cuma byk habiskan masa di office memandang dan tersenyum sahaja. sbb sy takutkan fitnah org sekeliling di pejabat. saya ada text wassup dan sesekali ada call dia itu pun tak lebih 10 minit. erti kata lain bukan bergayut. saya balik sharp - sharp. kalau lambat pun sy habiskan kerja di office dalam 30 minit sy kena balik terus.
saya ada menghubungi bapa angkat saya utk meminta pedoman. cuma bapa angkat sy berpesan agar jgn membelakangi isteri saya dalam membuat keputusan. biar awalnya pahit, sukar namun semua itu akan manis akhirnya. Bapa angkat sy juga bertanya banyk kali pada saya, samada sy ingin berkhawin dgnnya kerana nafsu atau kerana memang kerana ALLAH. Jawapannya, cinta itu datang dari lenturan kasih sayang ALLAH. bukan kerana nafsu.
sy juga tidak pernah bertanyakan kepada budak perempuan itu samada suka pada saya atau tidak. Sy hanya mendapat jawapan dari bapa angkat saya bahawa dia amat berharap agar saya menikahinya dan dia hanya perlukan saya utk teman bermanja dan tumpuan kasih sayang .. bukan kerana harta dan kemewahan. cukup sekadar dia perolehi saya dan diri dia disayangi.
Saya memberitahu kepada bapa angkat saya .. .sy serahkan diri saya dan segala urusan saya kepada ALLAH. apa pun dihadapan, sya akan tempuhi dengan pengangan tauhid agar memilih untuk menikahi sekali lagi bukan satu keputusan yang mudah. hati sy terbuka munkin kerana ujian yang sy perlu tempuhi ketika saya berpoligami.
Persoalan saya, bagaimana saya hendak menjelaskan keadaan dan memohon kepada isteri saya untuk menikahi seorang lagi dimana perempuan itu lebih muda dari saya 9 tahun. (wife dan saya ama umur). hakikat dalam diri saya ... sy amat menyayagi kedua duanya.
Pesan bapa angkat saya
"SAYANGILAH MEREKA KERANA ALLAH, NESCAYA, MEREKA AKAN MENYAYANGI KITA JUGA KERANA ALLAH"
p/s: mmmmm