BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LRA Limau Kasturi Dijangka Siap 2029

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

LRA Limau Kasturi Dijangka Siap 2029​

8d156e9917475ac79278567c82762b8b661fcb60bade0

Datuk Dr Izani Hussin

Projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Limau Kasturi di Gua Musang dijangka siap pada penghujung 2029.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata projek yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 6.7 juta liter sehari (JLH) kepada 20 JLH itu membabitkan anggaran kos sebanyak RM70 juta.

Beliau berkata projek itu berada pada peringkat pelantikan perunding oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini.

"Projek ini dijangka bermula pada awal tahun depan dan siap pada penghujung 2029. Kerja baik pulih dan naik taraf pula akan melibatkan pembaikan aerator, tangki floc, penapis, tangki imbangan, pam air terawat dan paip," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (BN-Neggiri) mengenai perkembangan terkini kerja menaik taraf LRA Limau Kasturi pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata Jabatan Pertanian Kelantan memperuntukkan RM20,000 di bawah Program Pembangunan Tanaman dan Pemprosesan Kopi.

"Peruntukan ini bertujuan membantu pengusaha dan petani kopi meningkatkan produktiviti tanaman melalui penyediaan bantuan input pertanian serta pembangunan infrastruktur asas.

"Antara bentuk bantuan yang disalurkan adalah pemasangan sistem pengairan renjis dan pembekalan baja tanaman bagi meningkatkan pertumbuhan, produktiviti dan kualiti hasil kopi," katanya ketika menjawab soalan Saizol Ismail (PAS-Salor) berhubung perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan industri kopi.

Beliau berkata dua jajahan yang terlibat dengan tanaman kopi ketika ini adalah Gua Musang dan Kuala Krai.

 
Back
Top
Log in Register