TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Rosli (dua kanan) membantu mengisi petrol ke dalam tangki motosikal orang ramai pada program santai minum petang bersama beliau yang diadakan di pekarangan Stesen Minyak Petronas Kemasik.
KEMAMAN - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan liar kononnya Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak berkualiti rentetan banyak berlaku kes kemalangan maut di sepanjang jajaran sejauh 184 kilometer itu sejak ia mula dibuka sehingga sekarang.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, dakwaan yang melabelkan LPT2 sebagai 'cap ayam' adalah tidak berasas.
Tegasnya, LPT2 selamat untuk digunakan dan ia dibina mengikut standard lebuh raya yang telah ditetapkan sama seperti LPT1 serta Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
"Sebaliknya kemalangan berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna yang memandu laju melepasi had yang telah ditetapkan.
"Tak ada isu pasal cap ayam tetapi ia pasal sikap kita yang memandu laju. Ramai yang bawa laju...ada yang bawa 120 kilometer per jam (km/j), ada pandu 160 km/j dan yang bawa 200 km/j pun ada.
"Banyak juga aduan yang kita terima pasal kena saman atas lebuh raya. Saman pasal apa? Sebab bawa laju," katanya yang juga Adun Kemasik ketika ditemui pada program santai minum petang bersama beliau yang diadakan di pekarangan Stesen Minyak Petronas Kemasik, di sini.
Bagaimanapun, Rosli mengakui bahawa ketika LPT2 baharu dibuka sepenuhnya pada 29 Januari 2015, memang laluan lebuh raya itu didapati bermasalah hasil kajian dilakukan termasuk masalah permukaan laluanberalun tetapi masalah yang dikesan itu cuma dalam peratusan kecil, tidak sampai dua peratus.
Rosli pada masa sama turut melahirkan rasa sedih dengan kemalangan maut terbaharu yang berlaku di LPT2 kelmarin yang melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.15 pagi di Kilometer 317.4 LPT2 berhampiran susur keluar plaza tol Kerteh itu, mangsa yang juga pengurus projek di sebuah syarikat kontraktor petroleum, Md Sendee@Zalani Ngah@Choh, 41, maut selepas motosikalnya terbabas akibat melanggar lopak air.
Ditanya mengenai masalah lopak air, Rosli berharap agar pihak kontraktor penyelenggaraan dapat mengambil tindakan demi mengelakkan pengguna ditimpa musibah.
"Tapi kita tak boleh salahkan satu pihak, pengguna juga mesti hati-hati semasa musim hujan sekarang kerana jalan licin.
"Apa yang saya ketahui penyelenggaraan ke atas lebuh raya ini sentiasa dilakukan malah dalam keadaan cuaca lembap sekarang pun, kalau ada permukaan jalan berlubang, ia tetap diturap," katanya.
Dalam pada itu, kata Rosli, pada masa ini pihaknya turut mengenalpasti laluan yang mengalami kerosakan yang agak teruk iaitu laluan antara Paka dan Ajil.
"Kita dah bawa perkara ini dalam mesyuarat di mana ada dua tiga lokasi yang alami kerosakan penyambung antara jambatan dan jalan.
"Kita dah minta pihak kontraktor penyelenggaraan untuk baiki dan mereka telah kenalpasti. Kerja pembaikan ini tidak boleh selesai dilakukan dalam sekelip mata tapi Insya-ALLAH kita akan dibetulkan segera," katanya.
Sejak dibuka, LPT2 dicop dengan banyak gelaran kurang enak terutama oleh pengguna media sosial disebabkan kerap berlaku kemalangan maut dan ada segelintir yang turut mempertikai kualiti pembinaannya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/lpt2-bukan-lebuh-raya-cap-ayam-1.787009
Jalan beralun bukan punca kemalangan
KUALA LUMPUR - Kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) bukan berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang beralun, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sebaliknya, beliau berkata, lokasi kemalangan maut berlaku di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Fadillah berkata, penemuan itu diperoleh daripada padanan statistik kemalangan maut dengan nilai Indeks Kerataan Jalan Antarabangsa (IRI) hasil ujian profil yang dijalankan ke atas permukaan jalan di lebuh raya berkenaan.
"Berdasarkan keputusan ujian IRI yang dijalankan pada 8 Jan 2016, didapati nilai IRI bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184km adalah mematuhi tahap nilai ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia
"Kementerian juga telah memadankan rekod statistik kemalangan maut dengan nilai IRI dan mendapati lokasi kemalangan maut tidak berlaku di lokasi beralun tetapi di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.
"Justeru, jalan beralun bukan punca kemalangan di LPT2 sepertimana ditemui daripada ujian IRI tersebut," katanya.
Fadillah berkata, kementerian menjalankan dua peringkat ujian IRI di LPT2, iaitu pada 28 Oktober lepas bagi jajaran lebuh raya sepanjang 60km, dan pada 5 hingga 8 Jan 2016 bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184km.
Menurutnya ujian IRI dijalankan oleh Ikram Paves Sdn Bhd menggunakan Pengimbas Jalan yang mengimbas permukaan jalan dan menyemak jalan menggunakan laser, dan data diperoleh akan dianalisa untuk digunakan dalam kerja-kerja penyelenggaraan.
"Ia merupakan tambahan kepada pemeriksaan rutin yang dibuat ke atas LPT2," katanya.
Fadillah berkata, walaupun jalan beralun bukanlah punca kemalangan di lebuh raya berkenaan, permukaan jalan di lokasi terlibat akan terus dibaik pulih dengan menggunakan kaedah kawalan dan menurap semula jalan serta penggunaan bahan-bahan khas.
"Ujian IRI akan diteruskan secara berkala supaya kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan sempurna dan strategik mengikut standard dan spesifikasi ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pemanduan bagi pengguna LPT2," katanya.
Beliau juga berharap pengguna jalan raya dapat memanfaatkan kemudahan jajaran LPT2 secara berhemah dengan mematuhi had laju ditetapkan. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/lpt2-jalan-beralun-bukan-punca-kemalangan-1.476530
Laluan LPT2 banyak 'longkang air'
![]()
Laluan LPT2 mempunyai banyak ‘longkang air’ dipercayai disebabkan kegagalan pengukuhan permukaan turapan.(Gambar kecil, Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud)
MARANG - Hujan lebat melanda Terengganu menyebabkan berlaku limpahan air di beberapa laluan utama di daerah ini termasuk mewujudkan ‘longkang air’ di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Presiden Persatuan Pengajar Memandu Malaysia (MyDIA), Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkara, keadaan cuaca tidak menentu ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu jika tidak berhati-hati dan paling dikhuatiri mereka memecut tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.
“Jika terlanggar ‘longkang air’ walaupun pada kelajuan kira kira 60 kilometer ia sudah cukup laju untuk menyebabkan satu keadaan dipanggil ‘hydroplane’. Kemungkinan kereta terbabas sangat besar.
“Terdapat banyak kawasan di LPT2 mempunyai ‘longkang air’ ini dipercayai disebabkan kegagalan pengukuhan permukaan turapan dan biasanya terjadi kerana tekanan daripada kenderaan berat,” katanya, di sini, hari ini.
Beliau melalui pengalaman tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu dengan menggunakan kemudahan LPT2 melalui laluan utama di daerah ini, semalam.
“Jadi pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa melalui kawasan terjejas,” katanya.
Dalam pada itu, antara laluan dilimpahi air di daerah ini apabila hujan lebat ialah Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di persimpangan lampu isyarat Taman Safiah Murni dan Pekan Bukit Payong.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/risiko-sakarat-di-lpt2-1.888656